KEPALA BATAS:Tindakan seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dan meminjam wang dengan isteri orang membawa padah apabila dia dilarikan tiga lelaki yang kemudian bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bagaimanapun lelaki berusia 38 tahun itu berjaya diselamatkan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas gerakan mencarinya dilakukan sebaik menerima laporan polis daripada orang awam.
Hasil siasatan awal, mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nyior, Butterworth apabila mangsa berusia 38 tahun itu dilarikan tiga lelaki yang berang selepas mangsa gagal melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM2,300.
Salah seorang suspek berusia 40 tahun bertindak sedemikian kerana berang mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang berusia 32 tahun ketika dia menjalani hukuman di penjara.
Noorzainy berkata mangsa di temui dengan kecederaan parah luka di kepala serta lebam seluruh badan akibat dipukul dengan kayu, playar, besi dan pemutar skru.
Polis turut merampas pelbagai barang milik suspek, barangan seperti tali yang digunakan untuk mengikat dan pemutar skru untuk memukul mangsa.
Susulan itu, polis berjaya menahan tiga suspek berusia 24 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes tersebut.
Kesemua suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 367 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara selama sepuluh tahun dan didenda.
Kejadian itu dilaporkan tular di laman sosial dan menjadi tanda tanya netizen apatah lagi ia berlaku ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun dengan kecekapan polis kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh hanya enam jam.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 15 2021

Polis turut merampas pelbagai barang milik suspek, barangan seperti tali yang digunakan untuk mengikat dan pemutar skru untuk memukul mangsa. - Foto Astro AWANI
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

TikToker Ali Abulaban rasa tidak adil dipenjara seumur hidup kerana tembak isteri
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri kerana menyangka dia menjalinkan hubungan sulit.

Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.

Disyaki ada hubungan sulit punca wanita dibelasah
Disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang suspek punca seorang wanita dibelasah dalam kejadian di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah ini.

6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang
Polis menahan enam lelaki kerana merusuh tanpa senjata dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, petang semalam.

Polis tahan lelaki tumbuk isteri, anak selepas dirakam bawa balik teman wanita
Seorang isteri cedera ditumbuk suaminya selepas cuba merakam perbuatan lelaki itu membawa masuk wanita lain ke dalam bilik tidur mereka di sebuah rumah di Taman Desa Pauh, Pauh, di Arau.

Lelaki belasah penjawat awam hingga maut direman tujuh hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Akibat cemburu, lelaki maut ditikam
Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam oleh seorang lelaki yang juga dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa.

Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.

Rahsia nikah enam wanita terbongkar
Individu yang berjaya menghidu hubungan sulit lelaki tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah abang iparnya sendiri.