BACHOK: "Jangan melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah apatah lagi negara baru bergerak bebas selepas COVID-19 melanda dunia".
Demikian peringatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.
"Memang sepatutnya bantahan itu perlu disuarakan. Kerana penganjuran konsert bukan daripada pihak kerajaan.
"Ia barangkali datang daripada pihak tertentu... yang memohon permit dan lesen. Dan sepatutnya perkara itu tak perlu dalam situasi kita baru nak memulih daripada COVID-19 ini.
"Dan alhamdulillah kitapun sudah bebas boleh terbuka semula dari segi sektor ekonomi dan juga pergerakan yang sudah bebas. Jangan kita buat perkara-perkara yang boleh mengundang semula kemurkaan Allah Taala kerana kita tahu bahawa setiap musibah penyakit yang datang itu itu barangkali teguran daripada Allah untuk menyedarkan kita," katanya.
Ahmad Marzuk berkata, penganjuran konsert yang kadangkala luar daripada norma seperti kehadiran artis Barat yang menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) juga tidak disenangi oleh kerajaan.
Katanya, penganjur perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Ahmad Marzuk berkata, beliau menyokong sebarang bantahan yang disuarakan ke atas penganjuran konsert artis Barat.
Terbaharu Dewan Pemuda Pas memberi amaran untuk menggerakkan bantahan di seluruh negara jika kerajaan kekal dengan keputusan membenarkan konsert diadakan.
Pemuda Pas memaklumkan penganjuran konsert itu tidak sesuai pada masa, selain ia tidak membawa sebarang nilai bersesuaian dengan agama Islam.
Tambah Ahmad Marzuk, walaupun Pas berada dalam kerajaan namun sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan agama, bantahan perlu dikemukakan.
Muhafandi Muhamad
Sun Aug 28 2022

Ahmad Marzuk berkata, beliau menyokong sebarang bantahan yang disuarakan ke atas penganjuran konsert artis Barat. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Penganjuran konsert artis Barat: 'Jangan undang kemurkaan Allah' - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, beri peringatan berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.