PASIR MAS: Mangsa nahas jalan raya di Jalan Kampung Galok, Pasir Mas-Tanah Merah di sini pada petang Isnin tidak sempat melangsungkan majlis bertandang yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Allahyarham Wan Ahmad Haziq Wan Abdul Razak, 25, yang melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat lalu terlibat dalam nahas selepas selesai menguruskan urusan pelamin untuk majlis bertandang tersebut.
Adiknya, Wan Ahmad Aizat Wan Abdul Razak, 23, berkata, sebelum kejadian, dia sempat bersarapan pagi bersama arwah abangnya itu.
Wan Ahmad Aizat yang bekerja sendiri berkata, dia sepatutnya pulang ke Perak kerana ada urusan kerja, namun membatalkan niatnya kerana berasa tidak sedap hati.
"Saya tidak sedap hati, sepatutnya selepas makan pagi saya kemas barang untuk balik ke Perak, tapi saya batalkan niat dan keluar untuk beli barangan bertandang untuk majlis arwah pada Jumaat ini.
"Arwah pun selepas makan pagi, dia keluar menyelesaikan urusan pelamin untuk majlis bertandang dan bercadang untuk pulang ke rumah isterinya di Jeli selepas semua urusan selesai.
"Lebih kurang jam 4.30 petang, isteri arwah telefon beritahu mereka kemalangan tetapi dia hanya mengalami kecederaan ringan. Tapi kondisi abang saya memang agak teruk menyebabkan saya terdiam dan kaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini pada Isnin.
Wan Ahmad Aizat berkata, Allahyarham sangat teruja dan gembira ketika berkahwin.
Malah, katanya, pada minggu lalu hampir setiap hari arwah menghubunginya untuk berkongsi kegembiraan tersebut.
Wan Ahmad Aizat berkata, arwah abangnya juga memberitahu bahawa dia mahu memakai pakaian putih untuk majlis pada Jumaat ini.
"Dia ada kata nak pakai baju putih untuk majlis 'menghantar' nanti. Rupanya itu salah satu petanda yang kami semua tidak perasan sehinggalah dia sudah tiada.
"Dalam kumpulan WhatsApp keluarga pun dia ada kata rindu nak 'melepak' dengan kawan-kawan. Malah, turut berkongsi gambarnya di pelamin seorang diri yang diambil pada hari pernikahan pada Jumaat lalu," ceritanya.
Menurutnya, arwah yang juga anak keenam daripada lapan beradik adalah seorang yang mudah mesra dan sangat taat pada ibu bapa.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, nahas pada jam 4.45 petang itu melibatkan dua kenderaan.
Beliau berkata, kenderaan dipandu Allahyarham dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.
"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan kenderaannya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kenderaan lain.
"Mangsa dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pasir Mas untuk mendapat rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang dan dibawa ke unit forensik untuk bedah siasat," katanya.
Allahyarham Wan Ahmad Haziq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, Kota Bharu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021
Wan Ahmad Aizat ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas pada Isnin menunjukkan gambar arwah semasa akad nikah baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
Pengantin baharu maut, tak sempat langsung majlis bertandang
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan kenderaannya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kenderaan lain.