KUALA LUMPUR: Penganut agama Buddha di Malaysia hari ini meraikan sambutan Hari Wesak bagi memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama dengan Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini menjadi antara lokasi tumpuan sambutan di ibu negara.
Sambutan itu yang merupakan cuti umum di Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini menyaksikan para penganut berkumpul di kuil-kuil Buddha menyanyikan lagu agama dan membawa simbol ikon Buddha semasa acara perarakan yang melambangkan kesucian seseorang.
Di Tokong Buddha Maha Vihara dikatakan kira-kira 20 kereta berhias akan menyertai perarakan sejauh 12 kilometer melalui Little India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Bukit Bintang, hari ini.
Di Selangor pula, antara lokasi tumpuan sambutan adalah di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom, Kuala Langat dengan para penganut mula berkumpul seawal jam 8 pagi.
Hari Wesak menandakan pentingnya penganut agama Buddha menerapkan keyakinan diri dalam agama tersebut dan hidup berlandaskan kepercayaannya.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy dilapor berkata, sambutan yang sering dihadiri oleh kira-kira 40,000 orang di ibu kota itu dapat mengeratkan dan membolehkan masyarakat lebih mengenali budaya agama lain.
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Penganut agama Buddha di Malaysia hari ini meraikan sambutan Hari Wesak bagi memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama. - Gambar Bernama
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders

Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.

TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.

Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.

Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.

Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak
Sri Lanka akan membebaskan 988 banduan pada Jumaat dalam pengampunan presiden bersempena Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha.

Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak
Pelbagai budaya serta perayaan seharusnya membawa mesej kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain, kata PM.