KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
"Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Nor Bee berkata perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.
Semasa dihubungi, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, mengesahkan bahawa keempat-empat perkataan itu boleh digunakan oleh penganut Kristian untuk penerbitan agama mereka.
“Bagaimanapun, penerbitan yang mengandungi keempat-empat perkataan itu perlu disertakan penafian bahawa ia ‘hanya untuk penganut Kristian’ dan juga lambang salib," katanya.
Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan CD (cakera padat) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
CD berkenaan bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.
Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD tersebut serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian.
Mahkamah Tinggi pada Julai 2014, memerintahkan CD itu dipulangkan kepada Jill Ireland, tetapi tidak mengeluarkan arahan berhubung pengisytiharan yang dimohon wanita itu mengenai isu perlembagaan.
Pada Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD dirampas milik wanita itu selepas menolak rayuan kementerian dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan juga mengarahkan perkara itu didengar kembali di Mahkamah Tinggi berhubung isu perlembagaan.
Mahkamah Tinggi sepatutnya memberi penghakimannya pada 2018 tetapi ditangguhkan beberapa kali atas beberapa alasan.
Dalam keputusannya yang mengambil masa lebih 90 minit untuk dibacakan, Nor Bee memberikan tiga perintah termasuk perisytiharan bahawa Jill Ireland mempunyai hak perlembagaan di bawah Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan untuk mengimport penerbitan semasa menjalankannya hak untuk mengamalkan agamanya dan hak untuk mendapat pendidikan.
Dua perisytiharan lain yang dibenarkan oleh hakim itu adalah di bawah Perkara 8, bahawa Jill Ireland dijamin kesamarataan di sini undang-undang dan dilindungi dari diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama dalam pentadbiran undang-undang - khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dan Akta Kastam 1967 dan perisytiharan bahawa arahan kerajaan yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri melalui surat pekeliling bertarikh 5 Dis 1986 adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.
"PPPA hanyalah undang-undang untuk memeriksa penerbitan yang tidak diingini dan bukan bagi tujuan menjaga ketenteraman awam, moral dan kesihatan masyarakat. Jika menteri tidak mengikuti undang-undang yang mengatur pelaksanaan kuasanya, maka beliau telah bertindak secara tidak sah, kerana melampaui had kuasanya.
"Dalam kes ini, menteri tidak bertindak mengikut akta itu (PPPA). Tidak dipertikaikan bahawa Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa penduduk di Sabah dan Sarawak. Seperti yang dapat dilihat daripada afidavit oleh pemohon dan beberapa afidavit lain, yang semuanya tidak dibantah, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah” dalam Bahasa Malaysia dalam mengamalkan agama mereka sejak berabad-abad," katanya.
Hakim itu berkata afidavit oleh tiga orang Muslim yang dikemukakan kepada mahkamah sebelum ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka tidak keliru dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian.
Beliau berkata pada 2011, kerajaan ketika itu telah mengemukakan cadangan 10 perkara untuk menyelesaikan masalah penggunaan kalimah "Allah" dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia versi kitab Bible.
"Penyelesaian 10 perkara itu menunjukkan penerimaan Kabinet terhadap penggunaan kalimah 'Allah', yang tidak pernah menjadi masalah di Sabah dan Sarawak. Kalimah 'Allah' dapat digunakan di kedua-dua negeri tanpa sekatan dan tidak ada syarat bagi penggunaan tempatan kitab Bible untuk komuniti peribumi di sana.
“Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penyelesaian 10 perkara itu menunjukkan toleransi agama yang merangkumi semua oleh Kabinet. Jika Kabinet menarik balik arahan (1986) yang disanggah apabila penyelesaian 10 perkara (dikemukakan), tidak akan ada masalah," katanya.
Peguam Lim Heng Seng dan Annou Xavier mewakili Jill Ireland.
Bernama
Wed Mar 10 2021
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.
Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".