KUALA LUMPUR: Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor.
“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terlibat dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut, adalah seramai 18 orang setakat ini.
Mohamad Zainal berkata kesemua lima individu terbabit akan direman hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.
Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
![Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618728490_MohamadZainalAbdul.jpg)
Mohamad Zainal berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor. -Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Pengarah Twin Peaks, David Lynch meninggal dunia Pengarah Twin Peaks, David Lynch meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737114830_TBDAVIDLYNCH.jpg)
Pengarah Twin Peaks, David Lynch meninggal dunia
Pengarah drama bersiri Twin Peaks serta penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Akademi 2019, David Lynch meninggal dunia pada Khamis.
![Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734516858_rasuah.jpg)
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
![Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733044075_kashpatel.jpg)
Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI
Kash ialah seorang peguam, penyiasat, dan pejuang 'America First' yang cemerlang, yang telah menghabiskan kerjayanya membongkar rasuah.
![Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara bagi tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.
![Pengarah, Ketua Cawangan negeri dikenakan tindakan jika biar kaunter tidak dibuka - KP JPJ Pengarah, Ketua Cawangan negeri dikenakan tindakan jika biar kaunter tidak dibuka - KP JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723622859_TBAedyFadlyRamli.jpg)
Pengarah, Ketua Cawangan negeri dikenakan tindakan jika biar kaunter tidak dibuka - KP JPJ
Perkhidmatan kaunter yang efisien amat ditekankan memandangkan fokus utama jabatan dadalah untuk menambah baik sistem penyampaian.
![Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000 Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714474785_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
![Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678879508_TBmentegaterbang.jpg)
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
![Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700960766_aaron.jpg)
Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.
![Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688640632_SPRMMDBrasuah.jpg)
Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB
"Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi Kumpulan BDB."
![Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682072277_ZizanrazakHeistdi.jpg)
Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri
Pertama kali memikul tanggungjawab seorang pengarah, pelakon Zizan Razak mengakui dia berasa gementar ketika mengarah telefilem Heistdilfitri.