KUALA LUMPUR: Seorang pengarah filem Tamil terkenal tempatan ditemui meninggal dunia di kediamannya di Jalan Air Panas, Setapak, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 malam, sebelum pasukan polis bergegas tiba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memecah pintu bilik mangsa yang terkunci dari dalam.
"Ketika ditemukan mangsa sudah meninggal dunia dan perkara itu disahkan oleh pasukan paramedik yang memeriksa mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Ashari turut memaklumkan, berdasarkan maklumat awal daripada saksi yang juga rakan sekerja mangsa, mendiang memintanya untuk tidak diganggu dan ingin bersendirian di bilik.
"Hasil siasatan pada tubuh badan dan tempat kejadian juga tiada sebarang unsur jenayah ditemui," jelasnya.
Kes itu katanya, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Beliau memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.
Dua hari sebelum kejadian, pengarah muda berusia 32 tahun itu memuat naik sebuah video berdurasi 5.03 minit dalam Instagramnya.
Dalam rakaman berkapsyen official announcement, mendiang mendedahkan dia berdepan dengan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang memaksanya berhutang.
Pun begitu, dia menyatakan yang dia berjaya keluar daripada kemelut itu sebelum mendapat tawaran baik pada PKP 2.0.
Namun demikian, katanya, ia tidak begitu mendatangkan 'hasil' dan sejarah berulang lagi.
"Apabila saya mengambil keputusan untuk bergerak secara berdikari, produser tidak banyak memberi kerjasama sehingga saya terpaksa berhutang. Tapi saya tetap berdepan semua masalah itu dan tidak lari, menyembunyikan diri.
Mendiang pernah mengarah lebih 500 program meliputi pelbagai bahasa termasuk Tamil, Melayu, Telugu, Punjabi, Inggeris dan Mandarin.
"Saya ingin mengumumkan secara rasmi bahawa saya akan mengeluarkan sebuah video muzik kepada mereka yang memberi sokongan sepanjang 15 tahun karier saya. Ini merupakan projek terakhir saya sebagai pengarah.
"I'm officially signing off," katanya sebelum mengakhiri video tersebut.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan, menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang.
"FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pengarah dan penggiat industri filem dan televisyen. Semoga dipermudahkan urusan ahli keluarga beliau dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini," kata kenyataan itu.
Umavathi Ramayah
Sat Apr 24 2021
![Pengarah filem Tamil terkenal ditemui mati di kediamannya Pengarah filem Tamil terkenal ditemui mati di kediamannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/41448036355_garisanpolis.jpg)
Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 malam, sebelum pasukan polis bergegas tiba ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
![Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736480577_baubusuk.jpg)
Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya.
![Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733789708_mayat.jpg)
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732741231_mayatlelakiTanjo.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai
Hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.
![Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711177159_GARISANPOLIS.jpg)
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
![Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640021415_TBINDIARAPE.jpg)
Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta.
![Lelaki maut terjatuh pangsapuri di Setapak Lelaki maut terjatuh pangsapuri di Setapak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716871175_TBbunuhdiri.jpg)
Lelaki maut terjatuh pangsapuri di Setapak
Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut
Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
![Rangka manusia dijumpai di Gemas Rangka manusia dijumpai di Gemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691223118_garisanpolispolic.jpg)
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
![Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709221011_garisanpolis.jpg)
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
![Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677705160_HussinZamora.jpg)
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.