ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bagi kesalahan mendapatkan suapan bagi saudara serta pemalsuan dokumen yang dilakukan tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Tarmymy Che Ani, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa selesai membacakan ketiga-tiga pertuduhan dihadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad di Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Rabu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mencadangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan bapa dan adiknya kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah untuk melaksanakan kerja-kerja penurapan serta penyelenggaraan jalan di Kulim yang bernilai RM200,000.
Muhamad Tarmymy didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 12 Disember 2019 di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman dan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara curang telah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga bertarikh 27 November 2019 yang palsu di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman pada 5 Disember 2019.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa secara curang menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan
Harga, Peruntukan Projek Marris Tahun 2019 bertarikh 27 November 2019 di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman pada 26 Disember 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua kesalahan itu.
Harmi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili peguam, M Puveneswaran.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jan 05 2022

Muhamad Tarmymy Che Ani didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mencadangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan bapa dan adiknya kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah. - Gambar Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pengarah Kejuruteraan mengaku tidak bersalah dapatkan suapan bagi saudara
Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan bagi kesalahan mendapatkan suapan bagi saudara serta pemalsuan dokumen yang dilakukan tiga tahun lalu.