SERDANG: Lebih 18,000 pengasuh di 5,326 taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu diberi keutamaan mendapat vaksinasi bagi memastikan persekitaran kanak-kanak terjamin.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ini ekoran peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak dengan seramai 64,046 kanak-kanak telah dijangkiti COVID-19 sehingga 18 Mei lepas, berbanding 8,369 kanak-kanak yang dilaporkan sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menulis surat permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak berkaitan bagi memasukkan pengasuh Taska dalam senarai utama penerima vaksin.
Bercakap kepada media selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini, Rina juga berharap ujian tahap keberkesanan vaksin untuk golongan di bawah umur 18 tahun dapat dipercepatkan supaya kadar jangkitan kepada golongan tersebut dapat dikurangkan.
Semasa tinjauan itu, Rina menyumbangkan barang keperluan kanak-kanak yang ditempatkan di PKRC itu. Terdapat 195 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun sedang menerima rawatan akibat COVID-19 di fasiliti berkenaan.
Mengenai vaksinasi bagi golongan warga emas, Rina berkata seramai 180,000 orang telah lengkap menerima dua dos, manakala 600,000 orang lagi telah menerima satu dos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021

Peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak meningkat dengan seramai 64,046 kanak-kanak telah dijangkiti COVID-19 sehingga 18 Mei lepas. - Gambar hiasan/Astro AWANI/Shahir Omar

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya
Arahan itu berikutan operator taska berkenaan akan menghadapi pendakwaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2011.

Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.

Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.

Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar
Seorang bekas pengasuh dipenjara 14 bulan kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.

Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah dera bayi di taska
Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera seorang bayi perempuan di sebuah Taska di Kampung Raja, di Jertih.