KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ia bagi mengelak isu sensitif seperti kes terbaru membabitkan dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa.
"Kalau kita tidak pandai saling menghormati, ia akan membawa kepada perkara tidak kita ingini seperti pergaduhan dan sebagainya.
"Kita tidak mampu menghadapi keadaan sebegitu bahaya. Maka, saya mohon dan kita minta kerajaan tubuh jawatankuasa ambil kes ini, sebagai penyebab untuk mengubah keadaan kita tidak serius dan mengambil mudah sahaja," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPIM pada Jumaat.
Tegasnya, rakyat kini sudah terlalu tertekan dengan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Justeru, kerajaan ujarnya perlu mencari kaedah terbaik untuk memastikan perkara sama tidak lagi berulang dan merugikan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Kita minta kerajaan ambil tindakan yang rakyat boleh terima. Jangan cerita pasal politik sahaja, kena ubah bangsa kita. Kena ada anjakan paradigma supaya tidak biarkan yang lemah dihina.
"Kita sendiri pun tidak boleh lemah, sebenarnya kelemahan itu menjemput penjajahan, dan ini yang kita dapat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masrizi Sat pula berpendapat bahawa tindakan yang disifatkan menghina Allah SWT dan agama Islam itu adalah satu penghinaan yang melukakan perasaan umat Islam di negara ini.
"Saya minta isu ini, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah ambil tindakan, tetapi tidak cukup.
"Kemarahan rakyat bukan isu jenayah sahaja, jenayah dari konteks undang-undang mungkin polis boleh ambil tindakan, (tetapi) penghinaan menghina Allah, Umat Islam dan ibadah puasa itu membuatkan kita sangat marah dan terluka," katanya.
Justeru jelasnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan paling tegas terhadap suspek agar memberi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat agar menghormati kepelbagaian agama.
"Kalau perkara ini tidak dibela, bagi kita, kerajaan gagal.
"Menteri Dalam Negeri, isu arwah Adib belum selesai, sekarang ini isu mencabar Islam, umat Islam terlalu terhadap kesabarannya," katanya lagi.
BACA: Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
BACA: 4 ditahan polis kes pukul, ugut bunuh 'bodyguard' kerana puasa
BACA: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi yang cedera dipukul kerana berpuasa, dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek.
"Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian.
“Setelah diberitahu mereka berpuasa, suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa,” katanya.
Fareez Azman
Fri Apr 16 2021
![Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618553767_PPIMNadzimJohan.jpg)
Nadzim (duduk, tengah) berkata, kalau kita tidak pandai saling menghormati, ia akan membawa kepada perkara tidak diingini seperti pergaduhan. - Gambar fail
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas
Tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal.
![COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711943053_COURTSPPIMAstro.jpg)
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
![Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.
![Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005 Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697878072_ZalihaMustafa.jpg)
Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005
Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan WHO CA dan pindaan IHR 2005.
![Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.
![Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.
![PPIM gesa kerajaan tubuh RCI siasat pembelian vaksin PPIM gesa kerajaan tubuh RCI siasat pembelian vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
PPIM gesa kerajaan tubuh RCI siasat pembelian vaksin
Aduan diterima PPIM sepatutnya dikaji dan disiasat secara serius kerana ia membabitkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
![PPIM sumbang van jenazah, bantuan RM65,000 baik pulih madrasah PPIM sumbang van jenazah, bantuan RM65,000 baik pulih madrasah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658643149_TBPPIM.jpg)
PPIM sumbang van jenazah, bantuan RM65,000 baik pulih madrasah
Sumbangan yang diserahkan adalah hasil daripada sumbangan orang ramai di platform atas talian iaitu sumbangan.com
![Isu loji sembelihan: 'The Hood Man' dakwa terima ancaman bunuh Isu loji sembelihan: 'The Hood Man' dakwa terima ancaman bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652870821_TheHoodManterima.jpg)
Isu loji sembelihan: 'The Hood Man' dakwa terima ancaman bunuh
Menurut Abdullah, dia menerima ancaman itu selepas membuat pembongkaran berkenaan.
![Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652763158_Idris.jpg)
Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.