KOTA KINABALU: Seorang Pengawas Hutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembalakan, lima tahun lepas.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Abidin Jaya, 50, selaku Pengawas Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah didakwa meminta suapan wang RM30,000 dan menerima suapan RM15,000 daripada seorang pengarah syarikat pembalakan sebagai dorongan meringankan impak laporan kesalahan aktiviti pembalakan di luar kawasan.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah hotel di Keningau pada 14 September 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Jason Juga menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh dikehendaki melapor diri dua bulan sekali di pejabat SPRM Sandakan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Sabrina Ali manakala tertuduh diwakili peguam Noor Ilienna Rahayu Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah hotel di Keningau pada 14 September 2019. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Pengawas Hutan didakwa minta, terima rasuah daripada syarikat pembalakan
Terima suapan RM15,000 daripada seorang pengarah syarikat pembalakan sebagai dorongan ringankan impak laporan kesalahan aktiviti pembalakan di luar kawasan.