KANGAR: Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Izizam Ibrahim berkata ini kerana langkah itu akan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen negara berkenaan, sekali gus memudahkan pergerakan keluar pelancong asing dari Thailand ke Malaysia melalui sempadan Perlis.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan memantau impak pelaksanaan pengecualian sementara Borang TM.6 dalam tempoh sebulan ini untuk melihat kesannya terhadap pelancongan negeri.
"Ada positif dan negatif, negatifnya mungkin (rakyat Malaysia) akan ramai ke sana, ada macam-macam prosedur di sana pun masih lagi rakyat kita masuk sana, yang kedua positifnya, pergerakan keluar akan lalu di Perlis ini (mungkin) banyaklah, mungkin mereka akan singgah di Perlis, ada satu kelebihan untuk kita," katanya kepada Bernama.
Pada 9 April lepas, Bernama melaporkan warganegara asing akan dikecualikan mengemukakan Borang TM.6 untuk sementara waktu ketika memasuki atau keluar dari Thailand di pusat pemeriksaan imigresen berkuat kuasa 15 April hingga 15 Okt ini.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand Karom Phonphonklang dipetik sebagai berkata keputusan itu bertujuan merangsang sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan.
Borang TM.6 merupakan dokumen bertujuan mengumpul maklumat pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan dan pemantauan untuk mengekalkan keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Izizam berkata kerajaan negeri boleh mengambil manfaat daripada langkah kerajaan Thailand itu dengan memperhebatkan lagi promosi tempat pelancongan di Perlis.
"Pihak kita kerajaan negeri kena ambil kelebihan yang ada, mana-mana ruang yang kita boleh kerjasama dengan mereka (kerajaan Thailand) kita akan kerjasama," katanya sambil menambah Perlis berhasrat menubuhkan jawatankuasa khas untuk sektor pelancongan Malaysia-Thailand.
Sementara itu, Izizam berkata pihaknya sedang menyusun gerak kerja untuk sesi perbincangan dengan pihak kerajaan Thailand bagi melihat ruang kerjasama dengan negara jiran itu dalam usaha mewujudkan jawatankuasa khas berkenaan.
"Masa kita pergi (Thailand) sebelum puasa hari itu, kita buat perbincangan untuk penubuhan jawatankuasa tersebut, tetapi hari itu cara dasar, lepas ini kita akan buat cara yang betul yang mana boleh kita wujudkan kerjasama, kita bincang apa pakej kita perlu buat.
"Itu pun kena bincang balik dengan Exco Pelancongan...kita tengok susun balik macam mana. Kita tengok di pihak Thailand berapa orang, pihak kita berapa orang, kita boleh duduk sekali, tumpu pelancongan, ekonomi dari segi kedudukan sempadan sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Usahawan dan Pelancongan Perlis (KUPPs) Dr Ammar Hassan berkata langkah itu memudahkan perjalanan keluar pelancong asing dari Thailand ke Malaysia melalui sempadan negeri berkenaan.
"Saya bersetuju dengan langkah tersebut kerana ia dapat mengurangkan kesesakan keluar masuk terutama di hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan," katanya.
Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perlis optimis penduduk setempat terutama peniaga-peniaga kecil di negeri itu dapat mengambil peluang meningkatkan pendapatan apabila pelancong asing dari Thailand ramai memasuki Malaysia khususnya Perlis.
"Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 ini, akan memberi kelebihan kepada pelancongan di Perlis, dan akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk seperti peniaga-peniaga kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Pengecualian akan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen, sekali gus memudahkan pergerakan keluar masuk pelancong. - Gambar fail/Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.