IPOH: Pasangan suami isteri dipercayai pengedar dadah yang ditahan selepas merempuh kenderaan polis dalam kejadian di Ayer Tawar, Manjung, pada Rabu, direman tujuh hari bermula Khamis.
Lelaki berusia 61 tahun dan isterinya berusia 38 tahun itu direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata anak pasangan itu yang berusia dua tahun yang berada bersama mereka ketika ditahan, diserahkan kepada waris.
“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah (OCPD) Manjung untuk membebaskan kanak-kanak yang berusia dua tahun yang turut berada dalam kejadian itu.
BACA: Polis lepaskan tembakan ke arah kereta dipandu pengedar dadah
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan ‘Pride Of Workmanship’ kepada Frontliners PDRM oleh Kelab Rotary Malaysia di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan, polis terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar kereta dipandu suspek lelaki, dipercayai pengedar dadah selepas melanggar hadapan kenderaan pihak berkuasa itu dalam kejadian kira-kira jam 4 petang.
Suspek menaiki kereta bersama isteri dan seorang anak lelakinya cuba melarikan diri, namun dikejar polis kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian sebelum berjaya ditahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati suami isteri terbabit positif Methamphetamine.
Menurutnya, anak lelaki pasangan berkenaan yang turut berada dalam kereta ketika ditahan, diserahkan kepada waris terdekat.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 02 2022
Lelaki berusia 61 tahun dan isterinya berusia 38 tahun itu direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Pengedar dadah cuba lari: Suami isteri direman, anak 2 tahun diserah kepada waris
Pasangan suami isteri dipercayai pengedar dadah yang ditahan selepas merempuh kenderaan polis dalam kejadian di Ayer Tawar, Manjung, pada Rabu, direman tujuh hari bermula Khamis.