LAHAD DATU: Seorang pengedar dadah maut ditembak selepas bertindak agresif merempuh polis dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Op Tapis dalam kejadian di tepi jalan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Fasa 2 di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek berusia 28 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dilanggar suspek ketika menjalankan operasi berkenaan.
"Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, semasa sepasukan polis hendak menahan sebuah kereta yang dinaiki suspek, secara tiba-tiba suspek bertindak mengundurkan kenderaannya dengan agresif dan merempuh salah seorang anggota polis.
"Suspek juga membuat 'u-turn' sebelum memecutkan kenderaannya dalam pergerakan melawan arus serta merempuh seorang lagi anggota serbuan yang cuba menghalang suspek, namun dalam masa sama anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri sebelum dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, suspek kemudian cuba memecutkan kenderaannya untuk melarikan diri, namun terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan narkotik dan merupakan orang dikehendaki bagi kes jenayah komersil dan hasil pemeriksaan juga menemui syabu bernilai RM1,490 serta samurai turut dirampas," katanya.
Rohan Shah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar syabu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023
![Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681000836_pengedardadah.jpg)
Kereta Perodua Viva dipandu suspek terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Kekejaman zionis: Infrastruktur penduduk ranap di Tebing Barat
Serpihan bangunan yang musnah akibat keganasan Israel di kem pelarian Al Faraa di Tebing Barat mula dibersihkan pada Rabu.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Houthi sedia serang Israel jika perang Gaza diteruskan
Kumpulan Houthi di Yaman bersedia menyerang Israel sekiranya negara itu mengingkari perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan meneruskan serangan terhadap Gaza.
Rusia bebas guru AS selepas lebih tiga tahun dipenjara
White House mengumumkan, pihak berkuasa Rusia membebaskan seorang guru warganegara Amerika Syarikat (AS), Marc Fogel selepas tiga tahun setengah dipenjara.
![Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728378031_courtgavelmahkam.jpg)
Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.
![Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000 Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714396213_ZakiHarun.jpg)
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
![Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712740147_tbpoliskejartular.jpg)
Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan
Polis mengesahkan kejadian sebuah Proton Waja melanggar beberapa kereta selain cuba merempuh anggota polis di Jalan Persiaran Kamunting, di sini Ahad lalu.
![Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681000836_pengedardadah.jpg)
Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak
Suspek berusia 28 tahun, memandu kereta Perodua Viva, turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.
![Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648978498_Cubarempuhpolis.jpg)
Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari
Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.
![Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639578801_tembakKuching.jpg)
Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
![Suspek warga asing cuba rempuh polis ditahan Suspek warga asing cuba rempuh polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633965153_suspekrempuhpolis.jpg)
Suspek warga asing cuba rempuh polis ditahan
Seorang lelaki warga asing berjaya ditahan polis selepas bertindak agresif serta hampir merempuh anggota polis dalam cubaan untuk melarikan diri, di Manggatal.
![Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618147117_garisanpolis.jpg)
Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.
![Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618136541_rempuhpolis.jpg)
Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek berjaya meloloskan diri.
![Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614949061_InsidenProtonWa.jpg)
Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke mahkamah hari ini.