PETALING JAYA: Barry Callebaut, pengeluar terkemuka dunia bagi produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang membekalkan bahan-bahan yang diperlukan bagi jualan barangan pengguna bernilai RM2 bilion oleh Malaysia ke 57 negara, optimistik terhadap pertumbuhan syarikat.
Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, Robert Kotuszewki berkata ia akan terus melabur untuk pengembangannya berdasarkan permintaan kukuh di sini dan di rantau ini.
"Pasaran semakin berkembang. Purata pertumbuhan industri (tahunan) adalah antara dua dan empat peratus dan kami sentiasa berada melepasi paras tersebut. Kami perlu melabur untuk berkembang," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik (APAC BEC) syarikat itu di sini semalam.
Kotuszewki berkata Barry Callebaut telah berada di Malaysia selama lebih 30 tahun dengan pelaburan kira-kira RM1.3 bilion di sini. Ia juga yakin tentang kestabilan politik dan kumpulan pekerja berkemahiran Malaysia.
Syarikat itu mempunyai lebih 600 pekerja di dua lokasi pembuatan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (RD) di Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang. APAC BEC ialah pelaburan penting dengan lebih 100 pekerja dengan rancangan untuk meningkatkannya sehingga 150 pekerja pada beberapa bulan akan datang.
"Malaysia ialah hab penting untuk Asia Pasifik dan negara pertama yang dipilih syarikat untuk menubuhkan APAC BEC, hasil daripada asas pembuatan yang kukuh, kepelbagaian budaya dan bakat (pekerja berkemahiran) untuk membantu syarikat itu merentas pasaran serantau.
"APAC BEC akan menyediakan sokongan merentas perkhidmatan kewangan dan perakaunan syarikat, pengurusan maklumat dan teknologi, perkhidmatan pelanggan serta fungsi korporat dan perkhidmatan kongsi yang lain. Ia juga akan membantu meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyeragaman dan kebolehskalaan proses," katanya.
Penggunaan tahunan coklat per kapita rakyat Malaysia adalah kira-kira 0.5 kg dan mempunyai peluang mencatatkan pertumbuhan, katanya.
Kotuszewki berkata pasarannya termasuk pengilang gula-gula dan makanan, ia juga merupakan rakan kongsi penyumberan luar untuk pengeluar makanan Malaysia yang mencari produk berkualiti tinggi.
Jumlah jualan gula-gula coklat di Malaysia meningkat 12.7 peratus pada 2021 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.4 peratus antara 2016 dan 2021, katanya.
Hampir 85 peratus pekerjanya termasuk mereka yang bekerja secara tidak langsung, pembekal dan penyedia perkhidmatan adalah rakyat Malaysia, syarikat itu menyediakan peluang kerja yang besar kepada lebih 500 perusahaan kecil dan sederhana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Penggunaan tahunan coklat per kapita rakyat Malaysia adalah kira-kira 0.5 kg dan mempunyai peluang mencatatkan pertumbuhan. - Gambar hiasan/DagangNews

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.