KUALA LUMPUR: Pengeluaran daripada Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menjejaskan strategi pelaburan dana persaraan itu berikutan ia akan dilaksanakan dalam jumlah terkawal dan rangka kerja yang teratur, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Zulqarnain Onn.
Beliau berkata KWSP telah menjangkakan pengeluaran sehingga RM25 bilion daripada Akaun 3 pada tahun pertama, diikuti dengan anggaran RM5 bilion pada tahun seterusnya.
"Keseluruhan aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.2 trilion. Oleh itu, pengeluaran ini sebenarnya boleh diurus, dapat diramalkan dan tidak membimbangkan," katanya sambil memaklumkan langkah ini tidak seperti pengeluaran sebelum ini apabila ahli KWSP telah mengeluarkan RM145 bilion daripada dana itu.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan 'Fireside Chat 2', yang diadakan bersempena dengan Simposium Sasana 2024 anjuran Bank Negara Malaysia.
Sesi berkenaan yang menumpukan kepada aspek simpanan persaraan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
KWSP dilaporkan telah meluluskan 3.04 juta permohonan untuk mengeluarkan sebanyak RM5.52 bilion daripada Akaun 3 setakat 22 Mei, mencetuskan kebimbangan mengenai potensi peralihan portfolio pelaburan dana itu kepada aset yang sangat cair untuk memudahkan pengeluaran.
Ini, seterusnya, akan memberi kesan kepada pulangan pelaburan dana memandangkan aset yang sangat cair seringkali menjana pulangan rendah.
Mengulas selanjutnya mengenai strategi pelaburan KWSP, Ahmad Zulqarnain berkata pengagihan semula aset berisiko rendah kepada aset berisiko tinggi akan berlaku dalam pasaran domestik, namun akan dilaksanakan secara berhemat.
"Infrastruktur dalam pasaran domestik (adalah sesuatu yang boleh kami lihat), dan kami optimis mengenai bagaimana perkara ini berkembang pada masa ini.
"Segmen tertentu seperti pusat data dan logistik perindustrian sebenarnya berada dalam fasa pertumbuhan kukuh dan meletakkan modal di sini akan memberikan anda jumlah (pulangan) yang lumayan, begitu juga dengan produk semikonduktor, elektrik dan elektronik," katanya.
KWSP mencapai pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 dan mengekalkan prospek optimis terhadap ekonomi domestik dan global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

KWSP telah menjangkakan pengeluaran sehingga RM25 bilion daripada Akaun 3 pada tahun pertama, diikuti dengan anggaran RM5 bilion pada tahun seterusnya. - Astro AWANI

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat
Proton sebelum ini menyasarkan 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.

Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP cecah RM10.78 bilion - MOF
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP - CEO
KWSP telah menjangkakan pengeluaran sehingga RM25 bilion daripada Akaun 3 pada tahun pertama, diikuti dengan anggaran RM5 bilion pada tahun seterusnya.

Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.

Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.

Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi
Corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan mempengaruhi pengeluaran MSM.

KWSP: Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi
Beliau menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pengeluaran, jualan Perodua tumbuh dua digit pada bulan pertama 2023
Pengeluaran meningkat 32.95 peratus kepada 51,134 unit pada dua bulan pertama tahun ini berbanding 38,460 unit pada tempoh sama sebelumnya.

Perodua tingkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan
Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran untuk menyelesaikan isu tempoh menunggu yang lama berikutan jumlah tempahan yang meningkat, yang kini berjumlah 243,000 unit.