IPOH: Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata bagi tangkapan, pendaratan ketam ialah dari jenis ketam nipah, ketam laut, ketam renjung dan ketam batu, dengan menggunakan peralatan seperti pukat hanyut, pukat tunda, pukat rentang dan bubu atau bintoh ketam.
"Pengeluaran ketam daripada akuakultur sebanyak 334.14 tan metrik melibatkan ketam nipah sahaja dalam bentuk kulit lembut dan kulit keras. Ketam nipah yang diternak itu daripada spesies 'scylla olivacea', 'scylla paramamosain', 'scylla tranquebarica' dan 'scylla serrata'," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali telah mengadakan lawatan ke Projek Ternakan Ketam Nipah di Bagan Datuk dan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar di Bota.
Adnan berkata Johor menjadi pengeluar utama ketam nipah (akuakultur) yang tertinggi pada tahun lalu dengan 187.46 tan metrik, diikuti Sabah (122.60 tan metrik); Perak (13.60 tan metrik); Sarawak (4.76 tan metrik); Kedah (3.89 tan metrik); Selangor (0.64 tan metrik) dan Terengganu (1.19 tan metrik).
Dalam pada itu, Adnan berkata spesies utama pengeluaran akuakultur air tawar ialah tilapia merah, keli dan patin dengan ikan tilapia merah menyumbang sebanyak 25,064.65 tan metrik dan 5,683.37 tan metrik daripadanya merupakan hasil pengeluaran negeri Perak.
"Seramai 1,045 orang penternak akuakultur air tawar di Perak dan kira-kira 366 orang daripada mereka mengusahakan ternakan tilapia merah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
![Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685808289_Genericketam.jpg)
Bagi tangkapan, pendaratan ketam ialah dari jenis ketam nipah, ketam laut, ketam renjung dan ketam batu, dengan menggunakan peralatan seperti pukat hanyut, pukat tunda, pukat rentang dan bubu atau bintoh ketam. - Gambar hiasan/Freepick
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
Golongan pelajar asnaf yang terpilih sebagai penerima biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) harus menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka yang terbelenggu dengan kemiskinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu mereka juga diseru untuk terus menunjukkan akhlak yang baik, sebagai sebahagian daripada usaha menunjukkan keluhuran Islam kepada golongan bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu mereka juga diseru untuk terus menunjukkan akhlak yang baik, sebagai sebahagian daripada usaha menunjukkan keluhuran Islam kepada golongan bukan Islam.
![Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439974_tbmautkemalangan.jpg)
Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan
Motosikal mangsa musnah 90 peratus akibat perlanggaran.
![Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.
![Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597513_petros.jpg)
Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak
Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petros di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.
![Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor' Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.
![Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736394589_moeSPMexam.jpg)
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
!['Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual 'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739437007_tbBomohamangseksu.jpg)
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
![Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435521_TBnissanhonda.jpg)
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
![Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435582_tbRafiziRamli.jpg)
Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685808289_Genericketam.jpg)
Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022
Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan.
![Suri rumah panik bunyi aneh dalam almari, disangka ular tapi rupa-rupanya... Suri rumah panik bunyi aneh dalam almari, disangka ular tapi rupa-rupanya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629973762_ketamnipahular.jpg)
Suri rumah panik bunyi aneh dalam almari, disangka ular tapi rupa-rupanya...
Suri rumah itu sama sekali tidak menyangka sesuatu yang dibelinya dari pasar telah merangkak masuk ke dalam ruangan almari di dapurnya.
![Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597534146_makanankelantantr.jpg)
Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang
Walaupun sukar didapati kerana terhad bekalan, Maggi Ketam Nipah, Etok, Air Asam Perut dan Lidah, Ikan Bekok dan Kerutuk Serati antara lima makanan 'rare' yang wajib cuba jika melawat ke Kelantan.