Seorang pengendali mesin pengorek maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah di Taman Sri Mutiara Gading, Sri Gading, dekat Batu Pahat, hari ini.
Mangsa, Mohd Zainal Abd Latef, 31, berasal dari Kampung Batu Embun, Jerantut, Pahang.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian berlaku ketika Mohd Zainal menjalankan kerja-kerja menggali tanah bukit di sebuah tapak pembinaan rumah.
Bagaimanapun, selepas itu tiba-tiba terdapat runtuhan tanah, menyebabkan mangsa tertimbus.
"Kerja mencari Mohd Zainal mula dijalankan sejak pukul 10 pagi tadi dan mayatnya kemudian berjaya dijumpai oleh rakan sekerjanya.
Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian membantu mengeluarkan Mohd Zainal sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Saifulle Idris berkata kejadian dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 11.37 pagi, sebelum sebuah jentera bersama enam anggota digegaskan ke lokasi.
Beliau berkata, operasi menyelamat Mohd Zainal turut dibantu tiga anggota Balai Bomba Batu Pahat.
"Mayatnya (Mohd Zainal) berjaya dikeluarkan pada pukul 12.59 tengah hari setelah mengenal pasti lokasi sebenar dia tertimbus," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
![Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468335439_AbdulWahibMusa.jpg)
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan kerja-kerja menggali tanah bukit di sebuah tapak pembinaan rumah. -fotoBERNAMA
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
![Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Februari 2025
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana Menteri
Ikuti langsung perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
![Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468335439_AbdulWahibMusa.jpg)
Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah
Kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan kerja-kerja menggali tanah bukit di sebuah tapak pembinaan rumah.
![Bas terbakar dekat Batu Pahat, 30 pelancong China hadapi detik cemas Bas terbakar dekat Batu Pahat, 30 pelancong China hadapi detik cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453565849_CarAccident.jpg)
Bas terbakar dekat Batu Pahat, 30 pelancong China hadapi detik cemas
Seramai 30 pelancong China berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di KM92.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.
![Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468335439_AbdulWahibMusa.jpg)
Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu
Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu.