SEREMBAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.
Pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan ke-15 hari ini.
Usul pemilihan MK Ibrahim, 67 tahun, dicadang Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Upacara mengangkat sumpah jawatan itu bagi menggantikan Speaker DUN sebelum ini, Datuk Zulkefly Mohamad Omar, dibuat di hadapan Setiausaha DUN, Amin Ludin.
Amin berkata, dua pencalonan diterima untuk mengisi kekosongan itu sebelum satu daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan mengikut Peraturan 2 Perintah 7(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
“Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seseorang ahli untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua hendaklah memastikan dahulu ahli itu suka berkhidmat sekiranya dipilih dan hendaklah memberitahu Setiausaha Majlis sekurang-kurangnya tujuh hari akan cadangan itu.
“Salah satu pencalonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah peraturan itu,” ujarnya.
Pada masa sama, 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada 29 ADUN daripada blok Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta lima ADUN Perikatan Nasional (PN) turut mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat baharu.
Dua lagi ADUN, iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) dan Anthony Loke Siew Fook (PH-Chennah) akan mengangkat sumpah pada hari yang ditetapkan kemudian.
Aminuddin sebelum ini memaklumkan, jawatan Speaker akan diserahkan kepada wakil Amanah, manakala timbalannya diisi oleh wakil PKR.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan keseimbangan dalam kalangan parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu, PH dan BN masing-masing memenangi 17 dan 14 kerusi, sekali gus membentuk majoriti dua pertiga.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Sep 26 2023

MK Ibrahim (gambar) dilantik sebagai Speaker DUN Negeri Sembilan yang baharu, menggantikan Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN
Upacara mengangkat sumpah jawatan dibuat di hadapan Setiausaha DUN Amin Ludin.