Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad perlu diberi kebebasan membentuk pasukan kepimpinan baharu anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata peletakan jawatan ahli lembaga pengarah FIC seperti diminta oleh pengerusi FELDA akan memastikan ketelusan serta melancarkan lagi penstrukturan semula FIC.
"Pembentukan barisan kepimpinan FIC ini akan menjadi perkara utama dan elemen paling kritikal untuk dilaksanakan serta diselaraskan bersesuaian dengan penyusunan semula badan pelaburan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Barisan baharu Lembaga Pengarah FIC diumum awal Februari
BACA: FELDA akan jual aset untuk kukuhkan aliran tunai
Shahrir dilaporkan mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.
FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
Razali berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Shahrir yang memberi penekanan kepada penstrukturan semula FIC dalam usaha membawa Felda terus berkembang maju.
Penstrukturan FIC itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan aspirasi kerajaan untuk menjadikan agensi kerajaan dan badan berkanun menjunjung urus tadbir yang baik dan budaya kerja yang berintegriti.
"Besar harapan saya agar penstrukturan semula yang dirancang ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya dan sekali gus dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada warga peneroka iaitu 'stateholder' terpenting Felda dan mengembalikan semula Felda ke zaman kegemilangannya seperti suatu masa dahulu," katanya.
Katanya FIC yang merupakan badan yang bertanggungjawab mengendalikan pelbagai perusahaan pelaburan kumpulan FELDA sudah tentu perlu diberi penambahbaikan dan dimantapkan bagi memastikan segala pelaburannya dapat membawa keuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017
RAZALI: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad perlu diberi kebebasan membentuk pasukan kepimpinan baharu FIC - Gambar fail
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Pengerusi Felda perlu diberi kebebasan bentuk kepimpinan baharu FIC
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad perlu diberi kebebasan membentuk pasukan kepimpinan baharu FIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Waspada budaya pemberian hadiah - Razali
Orang ramai terutama penjawat awam perlu berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya tidak menjurus ke arah pembaziran atau mendorong perbuatan rasuah, kata Datuk Razali Ibrahim.
Pelatih AADK bakal sertai tenaga kerja sektor perladangan
Seramai 1,000 pelatih AADK bakal ditempatkan di 20 ladang FELDA dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bermula pertengahan Mac depan.
Rakyat diminta serah isu 1MDB kepada pihak berkuasa - Razali
Rakyat diminta supaya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia melibatkan maruah negara.
Suara pemuda di MT Umno
Empat kepimpinan Pemuda Umno yang akan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno Oktober ini dilihat menyahut saranan meremajakan Umno.
'Tanda Putera' wajar jadi bahan kajian ilmiah di IPT - Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata filem itu boleh dikaji dari sudut latar, karya dan jalan ceritanya.
'NGO guna nama 1Malaysia perlu bertanggungjawab'
Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham.
Lebih 200 ribu pelajar IPT layak mengundi
Dianggar lebih 200 ribu mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta layak mengundi pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.