KOTA BHARU:Pengetua sebuah madrasah dan juga penceramah bebas sekali lagi berdepan pertuduhan jenayah seksual apabila dihadapkan ke mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas lapan pertuduhan.
Tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 32, yang turut dikenali sebagai 'ustaz budak' dituduh melakukan jenayah seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki pada November 2017 hingga Oktober lepas.
Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Dalam pertuduhan pertama hingga enam, dia didakwa dengan maksud seksual meraba kanak kanak lelaki yang mana beliau mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.
Kejadian berlaku di madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor dalam daerah Machang pada jam 11 malam November 2017 hingga September 2018.
Semasa kejadian mangsa berusia 15 dan 16 tahun.
BACA: Guru madrasah didakwa lakukan kelucahan dan amang seksual terhadap bekas pelajar
Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan dia didakwa dengan maksud seksual meraba kanak-kanak berusia 15 tahun yang dilaporkan berlaku pada 29 Oktober 2020 sekitar jam 11 malam di sebuah bilik di daerah yang sama.
Tertuduh di dakwa mengikut seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut seksyen 14 akta sama bersama seksyen 16 akta yang sama.
Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Mahkamah menawarkan jaminan RM40,000 dengan tiga penjamin serta tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis pada setiap 1 haribulan.
Mahkamah menetapkan 17 Febuari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Sharuddin Mohamed.
Sebelum ini media melaporkan tertuduh menghadapi beberapa pertuduhan akhir tahun lepas atas dakwaan kelucahan melampau dan seksual yang turut melibatkan mangsa lelaki.
Muhafandi Muhamad
Thu Jan 14 2021

Syamsul Zaman (tengah) bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin. - Foto Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang ejen perumahan sehingga mangsa patah tangan.

Air Sungai Kelantan mulai melimpah ke Bandar Kota Bharu
Tinjauan Polis Kelantan mendapati air di hadapan Bangunan UMNO Kelantan sudah mencecah 0.23 meter.

Imigresen Kelantan tahan 13 pendatang asing
Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan Kota Bharu berakhir semalam.

Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.

Empat individu dikaitkan GISB direman tiga hari di Kota Bharu
Empat individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.

'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.

Buruh didakwa pecah masuk rumah, cabul jiran
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya.

Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.

Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ
JPJ akan mengambil pendekatan lebih agresif terhadap penunggang motosikal berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan golongan itu.