Skip to main content

Malaysia

Penggantungan MYEG, Zetrix AI tiada kaitan politik - Loke

Loke (tengah) menegaskan tindakan berkenaan dibuat berdasarkan fakta kewangan dan prinsip layanan sama rata terhadap semua syarikat yang dilantik sebagai ejen. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Loke (tengah) menegaskan tindakan berkenaan dibuat berdasarkan fakta kewangan dan prinsip layanan sama rata terhadap semua syarikat yang dilantik sebagai ejen. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Advertisement

PUTRAJAYA: Tiada unsur atau pengaruh politik dalam keputusan menggantung MYEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungut hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan tindakan berkenaan dibuat berdasarkan fakta kewangan dan prinsip layanan sama rata terhadap semua syarikat yang dilantik sebagai ejen.

Mengulas dakwaan MYEG mempunyai hubungan dengan UMNO, Loke berkata beliau tidak mengambil kira sebarang kaitan politik syarikat dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri.

"Tanyakan kepada mereka (UMNO). Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Peranan saya di sini adalah untuk melayan setiap syarikat dan agensi secara adil dan saksama.

"Latar belakang atau hubung kait mereka dengan mana-mana pihak adalah tidak relevan. Satu perkara yang pasti, mereka tiada kaitan dengan parti saya.

"Fokus kita adalah kepada fakta. Fakta yang jelas di sini ialah wujudnya tunggakan. Sebarang tunggakan yang boleh mendatangkan implikasi kepada kerajaan tidak akan dibiarkan, dan tindakan tegas akan diambil," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Beliau turut mempersoalkan gesaan segelintir pihak di media sosial yang mendesaknya meletakkan jawatan susulan tindakan terhadap kedua-dua syarikat terbabit.

Menurutnya, adalah tidak logik untuk beliau dipersalahkan atau diminta meletakkan jawatan sedangkan tindakan diambil terhadap syarikat yang didakwa gagal memenuhi kewajipan pembayaran.

"Ada yang lantang mendesak saya meletak jawatan. Syarikat yang culas membayar, tetapi menteri pula yang digesa meletak jawatan," katanya lagi.

Loke pada Isnin mengumumkan penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah sebab utama penggantungan MYEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungut hasil JPJ? 
    A: Penggantungan dibuat kerana syarikat-syarikat tersebut gagal memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Q: Adakah keputusan penggantungan ini dipengaruhi unsur politik? 
    A: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan tiada unsur atau pengaruh politik dalam keputusan tersebut dan ia dibuat berdasarkan fakta kewangan serta prinsip layanan sama rata.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat yang gagal memenuhi kewajipan pembayaran kepada kerajaan? 
    A: Tindakan tegas seperti penggantungan perkhidmatan akan diambil terhadap syarikat yang gagal memenuhi kewajipan pembayaran dan menimbulkan implikasi kepada kerajaan.
  • Q: Bagaimana Anthony Loke menjawab dakwaan hubungan politik antara MYEG dan UMNO? 
    A: Anthony Loke menyatakan beliau tidak mengambil kira sebarang kaitan politik syarikat dalam menjalankan tugasnya dan menegaskan latar belakang syarikat tidak relevan dalam keputusan yang dibuat.
  • Q: Apakah reaksi Anthony Loke terhadap gesaan agar beliau meletak jawatan susulan tindakan terhadap MYEG dan Zetrix AI? 
    A: Anthony Loke mempersoalkan gesaan tersebut dan menyatakan adalah tidak logik untuk beliau dipersalahkan atau diminta meletak jawatan sedangkan tindakan diambil terhadap syarikat yang gagal memenuhi kewajipan pembayaran.

Must Watch Video

Advertisement