KLEBANG: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.
Menurut Menteri Pertahanan, buat masa ini, keputusan penggantungan pesawat itu hanya akan dibuat selepas siasatan dijalankan Lembaga Siasatan Khas.
Beliau berkata, selagi mampu berfungsi dengan baik, pesawat berkenaan akan terus digunakan, namun, kerajaan juga dalam masa sama akan tetap meneruskan perancangan untuk membeli pesawat baharu.
"Selagi berfungsi dengan baik ia tidak jadi masalah (penggunaan pesawat Hawk) dan sebarang keputusan (menggantung operasi) akan dibuat berdasarkan hasil siasatan,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas bertemu calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Lim Ban Hing di Bilik Gerakan BN di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas malam tadi di Pangkalan Udara Butterworth.
Berikutan insiden itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan terperinci.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 10.07 malam itu, seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia sementara rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar pula dirawat di Hospital Seberang Jaya, Butterworth dan dilaporkan selamat dan stabil.
Dalam perkembangan berkaita, Hishammuddin berkata, ketika ini beliau tidak menerima sebarang laporan untuk menukarkan pesawat yang digunakan dalam latihan itu.
Malah setiap pesawat pejuang, jelasnya, akan menjalani proses selenggara sebelum dibenarkan bertugas.
"Ianya datang daripada kehendak TUDM sendiri, kita bukannya pakar atau pengguna akhir, akhirnya terletak ke atas bahu dan kepala TUDM memastikan aset sedia ada selamat menjalankan apa yang telah ditetapkan memastikan negara kita selamat.
"Ia masih berfungsi untuk latihan pada waktu malam, saya tak terima laporan apa-apa berhubung Skuadron mengendalikan pesawat Hawk itu," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Hishammuddin turut mengingatkan agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan serta mengeruhkan keadaan ketika siasatan masih dijalankan.
Dalam pada masa, Hishammuddin turut menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua anggota yang terlibat dalam kejadian itu.
"Saya juga sudah minta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan apa juga bantuan kepada keluarga mangsa," katanya.
"Saya amat sedih dengan tragedi dan kejadian itu tapi ap yang saya arahkan bahawa Kementerian Pertahanan dan ATM khususnya TUDM sedia hulur apa jua bentuk keperluan keluarga kedua-dua pegawai terbabit," kata Menteri Pertahanan itu lagi.
Fareez Azman
Wed Nov 17 2021

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi selagi mampu berfungsi dengan baik. - fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tragedi Hawk: Mejar Mohd Fareez selesai jalani pembedahan
Mohd Fareez kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya untuk pemerhatian dan pemantauan rapi oleh doktor.

Tragedi Hawk: Dua juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal, polis klasifikasi kematian mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan terperinci berhubung insiden masih dijalankan.

Penggantungan pesawat Hawk 108 bergantung hasil siasatan - Hishammuddin
Selagi mampu berfungsi dengan baik, pesawat berkenaan akan terus digunakan, kata Hishammuddin.

Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah, Pahang
Proses pengecaman jenazah dilakukan isteri Mohamad Affendi, Nurul Izati Shari serta adik Allahyarham yang dikenali sebagai Nur.

Tragedi Hawk: Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat
Menurut Omar, selepas dimaklumkan, beliau bersama ahli keluarga dari Selangor bergegas ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 8 pagi tadi.