INDIVIDU yang bertanggungjawab memulakan trend bukan Muslim membaca al-Quran (Non-Muslim reading The Quran) di TikTok, Megan Rice, secara rasminya memeluk Islam.
Menerusi satu video yang dimuat naik pendakwah kelahiran Syria, Ahmad Abostani, Rice dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah dalam satu sesi live yang diadakan secara bersama.
Rice merupakan pempengaruh media sosial terawal yang mula membaca dan mempelajari kandungan al-Quran, selepas melihat bagaimana penduduk Palestin yang diuji dengan begitu berat, masih mampu bersabar dan tidak menyalahkan takdir.
"Saya kagum dengan rakyat Palestin kerana nampaknya mereka mempunyai kepercayaan yang begitu kukuh, walaupun kehilangan segala-galanya.
"Orang ramai memberitahu saya, ya, itulah Islam, adakah anda telah membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran," katanya.
Rice dilihat bersungguh-sungguh menyokong kebebasan Palestin dan menyatakan kekagumannya terhadap semangat masyarakat Islam di Gaza dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
Setiap hari, Rice akan berkongsi dengan lebih 600,000 pengikut tentang ayat al-Quran yang dibacanya melalui terjemahan, dan menyatakan kekaguman tentang bagaimana kitab suci itu mampu menjawab semua persoalannya.
Selain Rice, antara pempengaruh TikTok lain yang turut mula membaca kandungan al-Quran ialah @jakjackwilds dan @abbeyhafiz.
Kebanyakan mereka mengakui bahawa membaca al-Quran menyedarkan mereka tentang kedangkalan pengetahuan mereka tentang Islam dan betapa berbeza kandungan sebenarnya berbanding naratif barat.
Madiha Abdullah
Sat Nov 11 2023

Rice merupakan pempengaruh media sosial terawal yang mula membaca dan mempelajari kandungan al-Quran.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.

Belanjawan 2023: Dana RM10 juta untuk Yayasan Restu edar cetakan naskhah al-Quran
Dana sebanyak RM 10 juta akan disalurkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20 ribu naskah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

Bakar al-Quran: Bukti negara barat gagal pelihara demokrasi - Penganalisis
Insiden pembakaran al-Quran di Sweden membuktikan negara barat gagal memelihara demokrasi.

Pendayaupayaan sosial belia semasa pandemik COVID-19
Usaha pengukuhan aset dalaman sepanjang PKPB penting sebagai persediaan golongan belia untuk membina aset luaran.

13 qari terbaik dunia berkumpul di Bangi perdengar bacaan Al-Quran
Ia adalah julung kali diadakan dan bukan suatu yang mudah untuk mempertemu dan mengumpulkan qari-qari hebat dalam satu acara dan satu malam bagi memperdengarkan bacaan mereka.

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun
Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun.

"Bayangkan 9 kali berat badan menekan dada" - Sheikh Muszaphar
Oktober bukan saja dianggap pesta hantu bagi masyarakat Barat tapi ia suatu yang istimewa kepada angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
.jpg)
Surah Yusuf rahsia awet muda Nassier Wahab
Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Ramadan seharusnya memadam api ketaksuban politik pasca PRU
Ketibaan bulan Ramadan sejurus selepas Malaysia melalui detik pilihan raya paling gempar, tentunya membawa rahmat tersendiri.