KUALA LUMPUR:Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi sekiranya terdapat kemungkiran atau ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang dijanjikan.
Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Wan Rufaidah Wan Omar berkata jika tuntutan itu turut melibatkan isu terma-terma kontrak yang tidak adil, pihaknya boleh menimbangkan untuk mengetepi atau mengubah terma-terma yang tidak adil itu yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
"Memandangkan kontrak pembekal perkhidmatan lazimnya telah disediakan secara standard dan tidak dirundingi oleh kedua-dua pihak, pengguna disarankan untuk membaca syarat dan terma kontrak sebelum menandatangani atau bersetuju untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk 'Kesilapan Umum Pengguna Sebelum dan Selepas Melanggan Perkhidmatan' anjuran Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang berlangsung di laman sosial Facebook CFM, baru-baru ini.
Beliau yang merupakan salah seorang penceramah di program itu berkata demikian ketika disoal oleh seorang penonton sama ada terdapat sebarang akta yang boleh melindungi pengguna sekiranya timbul percanggahan dalam kontrak.
Mengulas lanjut, Wan Rufaidah berkata pihaknya akan meneliti semula kandungan kontrak perkhidmatan terbabit sekiranya kes 'berat sebelah' itu dilaporkan kepada TTPM.
"Sekiranya dikenal pasti terdapat terma-terma kontrak yang tidak adil, Tribunal boleh menimbangkan untuk mengetepikan atau mengubah terma-terma tidak adil itu," katanya.
Sementara itu, Zolkiflee berkata pengguna disarankan untuk bertanya 12 soalan penting sebelum melanggan mana-mana perkhidmatan telekomunikasi antaranya status liputan yang disediakan, kelebihan pakej yang ditawarkan, had langganan, had kredit, tempoh kontrak, caj bulanan dan fleksibiliti kontrak.
Menurut Mohamed Faizal pula, pengadu yang membuat sebarang aduan mengenai salah laku kakitangan awam dan swasta melalui BPA berhak memohon untuk merahsiakan atau mengklasifikasikan maklumat mereka sebagai sulit bagi melindungi dan menjaga kerahsiaan pengadu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020

Pengguna boleh mengemukakan tuntutan sekiranya terdapat kemungkiran atau ketidakpuasan terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang dijanjikan. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.

Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.

Syarikat pembinaan, pengarah didakwa gagal patuhi award tribunal tuntutan pengguna
Mereka didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada seorang individu yang menuntut wang RM50,000.

Syarikat pengendali pakej umrah didenda RM80,300
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah didenda RM80,300 kerana gagal mematuhi 26 'award' (pampasan) dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Lebih ramai keanggotaan TTPM akan dilantik, segera selesaikan kes pengguna - Nanta Linggi
Secara purata,Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menjalankan 350 sehingga 400 prosiding kes dalam tempoh sebulan di seluruh negara.

Pengguna boleh kemuka tuntutan terhadap pembekal khidmat telekomunikasi
Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi sekiranya terdapat kemungkiran atau ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang dijanjikan.