KUALA LUMPUR: Pengguna dan perniagaan dijangka bakal menikmati faedah penuh 5G dengan lebih banyak opsyen dalam pasaran apabila penyedia telekomunikasi bersaing untuk menawarkan perkhidmatan di tengah-tengah penubuhan rangkaian 5G kedua di Malaysia.
Pakar Ekonomi Geoffrey Williams berkata langkah itu akan mewujudkan pasaran yang kompetitif dalam sektor telekomunikasi selepas kerajaan memulakan proses memilih operator rangkaian mudah alih (MNO) bagi membangunkan rangkaian 5G kedua.
"Memiliki dua rangkaian akan menyediakan beberapa tahap persaingan selain mengelakkan monopoli. Ia memberi pengguna 5G lebih banyak pilihan serta mewujudkan persaingan pada harga dan kualiti. Inisiatif itu akan membolehkan penyedia 5G menawarkan penyelesaian yang mereka anggap paling berdaya maju dan mampan secara komersial," katanya kepada Bernama.
Penganalisis GlobalData, Alfie Amir berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga boleh mendapat faedah daripada rangkaian dwi seperti ini kerana ia memacu inovasi dan pembangunan aplikasi perniagaan.
"Sebagai contoh, ciri seperti pengkomputeran berbilang akses (MEC) serta penghirisan rangkaian akan membolehkan perusahaan industri baharu seperti kenderaan autonomi, robot, aplikasi Internet Pelbagai Perkara yang padat dan pembinaan kilang pintar untuk pekerja berisiko tinggi," katanya.
Pada 21 Jun lalu, Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan proses menentukan serta melantik MNO untuk membangunkan rangkaian 5G kedua.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementerian komited untuk melaksanakan model rangkaian dwi 5G bagi menamatkan elemen monopoli perkhidmatan 5G, justeru, memastikan pelan 5G mampu milik diwujudkan dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Langkah ke arah peralihan kepada rangkaian dwi 5G dibuat selepas Digital Nasional Bhd (DNB) mengesahkan bahawa semua syarat terdahulu di bawah perjanjian langganan saham (SSA) telah berjaya dipenuhi dengan empat MNO di Malaysia.
MNO tersebut ialah CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd.
Pemain Baharu
Williams menjangkakan konsortium sedia ada akan menjadi pesaing utama untuk pelancaran rangkaian 5G kedua dan peserta baharu mungkin muncul selepas proses pemilihan MNO dilakukan secara telus berdasarkan kuasa termasuk peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut kenyataan itu, Alfie menganggap rangkaian kedua boleh menarik pemain baharu seperti penyepadu sistem serta penyedia teknologi maklumat dalam industri. "Ini akan memacu persaingan melalui rangkaian perkhidmatan, inovasi dan kerjasama industri yang lebih meluas," katanya.
Alfie ketika mengulas mengenai proses pemilihan berkata tiada pelaksanaan atau penanda aras sedia ada bagi pemilihan kerana amalan kerajaan- dorongan perkongsian rangkaian untuk 5G bukanlah perkara biasa dalam industri.
"Pemilihan mungkin berdasarkan (tetapi tidak terhad kepada) spektrum kriteria yang sudah tersedia yang merangkumi bilangan pelanggan sedia ada MNO, kapasiti rangkaian dan liputan rangkaian," katanya, sambil menambah bahawa akan ada proses pemilihan vendor, perancangan rangkaian, logistik serta rantaian bekalan dan kemungkinan besar rangkaian itu akan siap pada tahun ini.
Alfie berkata MNO akan mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap rangkaian 5G kedua kerana ia membolehkan mereka membuat perbezaan daripada pesaing mereka dan menjadi lebih inovatif untuk terus memacu pembangunan 5G. "Dengan model dwi rangkaian, setiap satu akan mempunyai kekuatan yang berbeza dan ia memberikan penyedia telekomunikasi pilihan yang lebih luas bagi membezakan perkhidmatan 5G mereka dengan pesaing," katanya.
Bagaimanapun, Alfie menyatakan bahawa beberapa MNO sudah mempunyai pemilikan dalam rangkaian 5G pertama dan mempunyai dua rangkaian akan mewujudkan cabaran dalam penyepaduan serta kerja antara kedua-dua rangkaian termasuk rangkaian 2G dan 4G sedia ada MNO berkenaan.
Sehingga 30 April 2024, rangkaian 5G telah mencapai 81.5 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) manakala kadar penerimaan untuk rangkaian 5G telah mencecah 39.2 peratus.
Penggunaan 5G untuk kategori individu telah mencecah 12.78 juta pengguna manakala bagi perusahaan, terdapat 422,609 akaun setakat akhir April.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Sehingga 30 April 2024, rangkaian 5G telah mencapai 81.5 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) manakala kadar penerimaan untuk rangkaian 5G telah mencecah 39.2 peratus.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

MWC 2025: Kerjasama global perkukuh U Mobile sebagai peneraju masa depan 5G Malaysia
Mobile World Congress (MWC 2025) menjadi platform kepada syarikat telekomunikasi Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama mereka bersama peneraju teknologi global.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember
Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.

Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.

Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).