SEREMBAN: Penggunaan dron oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu meningkatkan penguatkuasaan sistem demerit di bawah Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara) bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata ia juga bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030.
Beliau berkata sejak Jan 2022 hingga 5 April lepas, sebanyak 146,261 mata demerit Kejara dikenakan kepada pengguna dengan 1,935 pemegang lesen diberikan amaran, digantung kali pertama (412), kali kedua (75), dan kali ketiga (7) manakala enam pemegang lesen pemandu percubaan (PDL) dibatalkan lesen.
"Antara kesalahan yang akan dikenakan mata demerit ialah memotong garisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lampu isyarat merah.
"Jadi dron-dron ini akan digerakkan untuk mengesan kesalahan terbabit dan segera diambil tindakan.
"Kesalahan demerit ini akan beri kesan besar kerana kemungkinan lesen mereka digantung atau ditarik, selain kenderaan boleh disita dan dilucut hak sekiranya masih menggunakan kenderaan tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan penggunaan dron yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri Hanif Yusabra Yusof di sini hari ini
Beliau berkata pengutkuasaan melalui penggunaan dron itu akan dilaksanakan secara berterusan dan pada masa sama terus meningkatkan kebolehan anggota dalam mengendalikan peralatan berkenaan.
Menurutnya, terdapat 15 dron digunakan untuk bantuan penguatkuasaan di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ manakala lain-lain negeri sedang dalam proses mendapatkan lesen.
Sementara itu, Lokman berkata JPJ akan mempergiatkan pemantauan di 129 lokasi titik panas (hot spot) di seluruh negara yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan termasuk melalu bantuan dron terutama musim perayaan ini.
"Penggunaannya untuk kesan pesalah jalan raya sangat efektif dan pengguna akan rasa diri sedang diperhatikan selain meningkatkan 'perception of being caught'.
"Ia juga tidak mengganggu aliran trafik tapi masih boleh kesan kesalahan," katanya.
Dalam pada itu, Hanif Yusabra berkata bagi tempoh dua hari penguatkuasaan jalan raya di Negeri Sembilan, sebanyak 61 notis kesalahan dikesan menerusi dron termasuk gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023

Penggunaan dron adalah bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030. -Twitter Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.