KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melengkapkan kajian klinikal berhubung keberkesanan dan kesan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, ketika ini Ivermectin di Malaysia hanya digunakan bagi ujian klinikal secara kelulusan 'off label' dengan pemantauan rapi oleh penyelidik dan pakar yang terlibat.
Justeru, jelas beliau sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.
"Pada asasnya dalam negara kita, Ivermectin hanya diluluskan untuk kegunaan haiwan yang mempunyai penyakit cacing atau kutu. Saya rasa golongan veterinar memang banyak menggunakan ini. Tetapi untuk kelulusan bagi kegunaan manusia, negara kita tidak meluluskannya sebab itu ia diberikan sebagai 'off label'.
"Indikasi sebenar bukan untuk kegunaan ke atas COVID-19. Jadi, untuk digunakan ke ke atas (pesakit) COVID-19, kita memerlukan kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan.
"Dalam erti kata lain, farmasi atau doktor yang berada di luar daripada kajian klinikal tidak boleh menggunakan (Ivermectin) selagi tidak ada bukti yang kukuh," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
BACA: COVID-19: KKM pertimbang lulus penggunaan Ivermectin
BACA: COVID-19: 17,045 kes baharu, rekod tertinggi negara sejak pandemik bermula
Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi rawatan beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa negara termasuk India, United Kingdom (UK) dan Jepun telah menarik balik penggunaan Ivermectin bagi tujuan rawatan COVID-19.
Sehubungan itu, Dr Suhazeli menegaskan agar segelintir pihak tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap penggunaan Ivermectin selagi ia tidak dibuktikan melalui ujian klinikal.
"Kita lihat kajian terbaru daripada jurnal Clinical Infectious Diseases yang dikeluarkan pada 28 Jun lalu didapati bahawa daripada jumlah (anggaran) ribuan subjek kajian yang dijalankan ke atas pesakit, sama ada pesakit itu peringkat awal dan peringkat kritikal, didapati bahawa Ivermectin tidak mencegah berlakunya jangkitan COVID-19.
"Kedua, Ivermectin tidak menyebabkan pesakit itu (yang mengambil Ivermectin) tidak dimasukkan ke wad. Maksudnya, kes-kes yang mengambil Ivermectin juga dimasukkan ke wad dalam keadaan teruk yang memerlukan bantuan pernafasan dan sebagainya.
"Malah, didapati kes-kes (pesakit) yang mengambil Ivermectin lebih teruk daripada yang tidak mengambilnya," jelas beliau.
Dalam perkembangan sama, Dr Suhazeli menzahirkan kebimbangan bahawa Ivermectin yang belum lagi diputuskan penggunaannya boleh merencatkan program imunisasi negara.
Sejak Mei lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.
Hasimi Muhamad
Sun Jul 25 2021

Ketika ini Ivermectin di Malaysia hanya digunakan bagi ujian klinikal secara kelulusan 'off label' dengan pemantauan rapi oleh penyelidik dan pakar yang terlibat. - Gambar hiasan/REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.