Pemain industri dalam sektor pembinaan dan pertukangan disaran mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Foo Chek Lee berkata langkah itu dilihat berupaya membantu pihak kontraktor menyiapkan projek dalam tempoh lebih singkat dengan kos minimum.
Beliau berkata penggunaan teknologi terkini dalam proses pembinaan juga dapat meningkatkan kualiti kerja akhir yang dihasilkan pemaju selain mengurangkan risiko berlaku kemalangan di tapak projek.
"Antara teknologi boleh diaplikasikan kontraktor ialah seperti IBS (Sistem Binaan Berindustri) di mana ia berkonsepkan pasang siap dengan komponen-komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal dan pemantauan kualiti kerja yang ketat.
"Komponen yang telah siap dihasilkan itu hanya perlu dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur dengan menggunakan tenaga kerja minimum," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBAM di Taman Alam Kuala Selangor, di sini, semalam.
MBAM ditubuhkan pada 1954 bertujuan menjadi penaung kepada pemain industri pembinaan dan sektor berkaitan, kini mempunyai kira-kira 12,000 anggota daripada lebih 900 syarikat kontraktor, pembekal barangan pembinaan dan pemborong dari seluruh negara.
Foo berkata persatuan itu kini giat mengadakan kursus kepada anggotanya berkaitan aspek pengurusan keselamatan di tempat kerja serta pengendalian perniagaan yang lebih baik.
"Ia merupakan antara perkara yang sering kita tekankan kepada majikan kerana persekitaran pekerjaan dalam bidang ini sentiasa berisiko tinggi selain memberi pemahaman terhadap industri dengan lebih mendalam bagi membantu mereka menghadapi saingan dan ketidaktentuan harga barangan binaan di pasaran," katanya.
Mengulas mengenai aktiviti CSR itu, Foo berkata ia merupakan sebahagian acara tahunan persatuan dalam merapatkan ukhuwah anggotanya dan pada masa sama memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Katanya, sebanyak 350 anak pokok bakau tajaan syarikat pembinaan Ikhmas Jaya Sdn Bhd dan beberapa pemain industri lain ditanam di sekitar kawasan Taman Alam Kuala Selangor oleh 150 anggota MBAM yang menyertai program terbabit. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016

Selain tidak terlalu berharap pada pekerja asing, penggunaan teknologi terkini dalam proses pembinaan dapat meningkatkan kualiti kerja akhir. - Gambar fail

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).