Pendidikan Rukun Negara akan dilaksanakan bukan sebagai subjek baharu tetapi menerusi pengisian secara menyeluruh dalam kurikulum sekolah dan aktiviti kemasyarakatan bagi meningkatkan penghayatan falsafah negara itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kelab Rukun Negara telah wujud di setiap sekolah manakala sekretariat Rukun Negara wujud di peringkat universiti.
"Pendidikan Rukun Negara bukan sebagai subjek baharu tetapi nak dibuat betul-betul dengan cara diserapkan dalam subjek sedia ada supaya soal penghayatan itu benar-benar berlaku.
"Pendidikan (Rukun Negara) itu maksudnya kita mahu kembangkan dengan cara lembut dan bijaksana bagi meningkatkan penghayatan dalam kehidupan harian supaya Rukun Negara itu benar-benar boleh mengalir dalam darah kita," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi.
Sebelum ini Saifuddin dilaporkan berkata pasukan khas bagi Pendidikan Rukun Negara itu diketuai oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Saifuddin berkata sistem pendidikan sudah cukup baik, namun perlu ada pendekatan baharu dalam memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar.
Mengambil contoh situasi COVID-19 ketika ini, beliau berkata pandemik itu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, iaitu rakyat memberi pengiktirafan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan mereka.
"Kalau bicara soal jiwa merdeka, soal patrotik selalunya akan dikaitkan dengan pahlawan seperti askar atau polis, tapi situasi COVID-19 mengajar kita bahawa seorang doktor dan jururawat, penunggang motor yang menghantar makanan, wartawan adalah frontliners (pahlawan).
"Jadi harus ditanamkan juga dalam diri anak muda dari sekolah, selain lagu patrotik, mengibar bendera... bahawa mengutip sampah sebenarnya menjaga kedamaian, menjaga kebersihan itu patriotik," jelasnya.
Dalam pada itu Saifuddin mengakui terdapat beberapa pemimpin politik tidak mencerminkan elemen kesopanan dan kesusilaan terutamanya ketika persidangan di Parlimen.
Tegasnya pemimpin politik seharusnya mencontohi persidangan dewan di negara lain iaitu menggunakan bahasa yang tinggi selain tajam dalam perbahasan agar rakyat dapat melihat tatacara yang sopan dan bersusila.
"Kita tidak perlu menjerit memaki hamun, mengaibkan... ada waktunya kita perlu belajar dengan sesetengah negara lain, bagaimana ia boleh berbeza dalam sidang dewan mereka dengan bersopan, penggunaan bahasa tinggi bukan cara kasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Pendidikan (Rukun Negara) itu maksudnya kita mahu kembangkan dengan cara lembut dan bijaksana bagi meningkatkan penghayatan dalam kehidupan harian supaya Rukun Negara itu benar-benar boleh mengalir dalam darah kita, kata Saifuddin.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Permohonan BYDPA 2024 bermula 4-29 Mac - JPA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 bermula hari ini hingga 29 Mac, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Peter Anthony kekal Presiden KDM Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap Datuk Peter Anthony, kekal sebagai Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia bagi penggal 2024-2026.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

PM Ismail Sabri mahu Pekida terus pegang prinsip amar ma'ruf nahi mungkar
Beliau berkata Pekida Malaysia perlu menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan bagi menonjolkan imejnya.

Alumni UIAM terlibat misi kemanusiaan kongsi pengalaman
Orang ramai khususnya alumni UIAM, pelajar universiti, aktivis misi kemanusiaan serta aktivis masyarakat adalah dijemput untuk menyertai program ini.

Pengisian pendidikan Rukun Negara lebih menyeluruh - Saifuddin
Beliau berkata kelab Rukun Negara telah wujud di setiap sekolah manakala sekretariat Rukun Negara wujud di peringkat universiti.

'Makcik nak salam, tapi dia terus peluk...' - Peminat aminkan doa Neelofa lekas bertemu jodoh
Melibatkan hampir 70 orang peserta, mereka telah berkumpul seawal jam 8 pagi di Kuala Selangor untuk proses agihan barangan keperluan dan juga pembahagian tugasan dan kumpulan.

Kaka Azraff paling rajin cat tiang pondok kubur - Ashraf Muslim
Penyanyi Kaka Azraff bersama pelakon popular, Ashraf Muslim buktikan golongan selebriti sanggup turun padang jayakan aktiviti kemasyarakatan.