KUALA LUMPUR:Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam.
Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.
"Pengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik, tanpa sebarang gangguan dan tindakan politik tidak bertanggungjawab daripada mana-mana pihak, yang sama sekali menjejaskan usaha untuk mengurangkan ancaman COVID-19 dan memperkukuhkan kestabilan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Sementara itu, Kamarudin berkata pengisytiharan darurat itu juga bukanlah satu indikasi bahawa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
"Mengambil iktibar atas apa yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, Perdana Menteri tidak mahu lagi mengambil keputusan politik, yang akan memberi lebih banyak mudarat berbanding manfaat kepada rakyat, selaras dengan prinsip hifz al-nafs dalam Maqasid Syariah.
"Malahan, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan, bahawa PRU akan diadakan sejurus keadaan wabak pandemik di negara ini mulai reda dan pulih sepenuhnya," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Sehubungan itu katanya, amat penting bagi semua pihak tanpa mengira prinsip dan ideologi politik, mengetepikan seketika tindakan politik dan bersama kerajaan berganding bahu, memutuskan rantaian wabak pandemik itu dengan kadar segera.
Sebaliknya beliau berkata, bersama-samalah memainkan peranan selaku wakil yang dipilih, untuk membantu memudahkan urusan rakyat dan mengurangkan bebanan rakyat, serta bekerjasama dengan kerajaan dalam melawan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Menurut Datuk Kamarudin Jaffar, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. - BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara
Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara.

2,298 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara
Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar dalam satu kenyataan, India merekodkan jumlah tertinggi rakyat Malaysia yang terkandas iaitu 1,016 orang.