PUTRAJAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di Pulau Pinang merupakan DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi berjumlah 21,061 orang dalam setiap kilometer persegi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ia diikuti Pandan Indah di Selangor dengan jumlah 14,686 orang dalam setiap kilometer persegi dan Sungai Pinang di Pulau Pinang dengan jumlah 13,851 orang dalam setiap kilometer persegi, lapor jabatan itu dalam siaran Statistik Subnasional DUN 2023 yang dikeluarkan hari ini.
DOSM memaklumkan tiga DUN yang mempunyai keluasan terbesar ialah Baleh, Sarawak dengan keluasan 11,607 kilometer persegi diikuti Belaga, Sarawak dengan keluasan 11,579 kilometer persegi dan Kuamut, Sabah dengan keluasan 10,954 kilometer persegi.
"Ini turut menjadikan Baleh dan Belaga sebagai DUN dengan kepadatan penduduk terendah iaitu seorang bagi setiap kilometer persegi," menurut DOSM.
Jabatan itu memaklumkan, dua DUN di Pulau Pinang merekodkan jumlah penduduk terendah iaitu Padang Kota dengan 5,900 orang dan Komtar seramai 7,800 orang.
Bagi komposisi penduduk mengikut kumpulan etnik, DOSM memaklumkan pada 2022, kumpulan etnik Bumiputera merupakan kumpulan etnik tertinggi di tiga DUN di Terengganu iaitu Manir sebanyak 99.9 peratus manakala Permaisuri dan Langkap serta satu DUN di Perlis iaitu Santan, masing-masing merekodkan sebanyak 99.8 peratus kumpulan etnik Bumiputera.
Kumpulan etnik Cina pula mendominasi DUN Batu Lancang, Pulau Pinang dengan 85.2 peratus, diikuti Pasir Pinji, Perak dengan 81.3 peratus dan Pelawan, Sarawak dengan 81.1 peratus.
Kumpulan etnik India pula mendominasi DUN Buntong, Perak dengan 49.6 peratus diikuti Sentosa, Selangor dengan 38.0 peratus dan Jalong, Perak dengan 30.7 peratus, menurut DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
![Pengkalan Kota DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi - DOSM Pengkalan Kota DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650040220_TBjabatanperangkaan.jpg)
DOSM memaklumkan, dua DUN di Pulau Pinang merekodkan jumlah penduduk terendah iaitu Padang Kota dengan 5,900 orang dan Komtar seramai 7,800 orang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731897241_EkonomiMalaysia.jpg)
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.
![KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723106185_TBMohdUzirMahidin.jpg)
KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81526891229_beliikan.jpg)
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
![KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023 KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719307643_tbKualaLumpurGener.jpg)
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
![Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733510765_TBOrangramai.jpg)
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
![Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733510765_TBOrangramai.jpg)
Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.
![Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699975615_Generickonvokesyen.jpg)
Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.
![Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733892617_TBPASARBORONG.jpg)
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
![Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81550055863_Gaji.jpg)
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.