KUALA LANGAT: Pemilihan rakan artis dan pempengaruh media sosial sebagai ikon sesebuah persatuan kemanusiaan bukan semata-mata untuk tujuan promosi tetapi sebagai satu daripada cara untuk membuktikan wang derma yang disalurkan sampai kepada tujuan asal dan pihak yang ingin dibantu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman berkata kaedah tersebut turut dilaksanakan persatuannya yang ditubuhkan pada 2013 di Mafraq, Jordan bagi meyakinkan masyarakat tentang ketelusan pihaknya membelanjakan wang yang didermakan dengan ikon itu sendiri akan menyiarkan siri bantuan yang disertai mereka di platform media sosial masing-masing.
Ikon CSM dibarisi nama besar dalam industri muzik tanah air antaranya Ahmad Faizal Mohammad Tahir (Faizal Tahir), Mohammad Noh Salleh (Noh Salleh) dan Shazrina Azman (Mizz Nina).
Menurut Ahmad Musa kesemua ikon tersebut tidak ditanggung perbelanjaan mereka oleh badan bukan kerajaan (NGO) tersebut ketika menyertai misi menyalurkan bantuan khususnya kepada pelarian Syria, bagi memastikan duit hasil derma itu benar-benar sampai kepada mereka.
"Ikon-ikon ini pergi menyerahkan bantuan dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk tiket penerbangan. Ikon kita tidak dibayar kerana semua pergi dengan niat menjadi sukarelawan dan datang untuk sama-sama bekerja.
"Kami mahu duit sumbangan itu khususnya dari rakyat Malaysia ini betul-betul digunakan untuk keperluan pendidikan dan kebajikan pelarian Syria ini," katanya pada Bernama selepas Majlis Iftar Nur Kasih CSM di sini, malam tadi.
Ahmad Musa berkata sehingga kini kira-kira RM5 juta duit sumbangan yang dikhususkan untuk pendidikan anak-anak Syria telah disalurkan kepada pelarian Syria di Jordan dan Malaysia serta di negara itu sendiri sejak ia ditubuhkan.
Sehingga kini, lebih kurang 5,000 anak-anak Syria telah dibantu bagi meneruskan pendidikan di Sekolah KITA yang dibangunkan CSM di Syria, Jordan dan Bangi, Selangor.
Ahmad Musa berkata pihaknya juga turut menggunakan sepenuhnya platform media sosial antaranya Facebook CSM dalam memaklumkan pemberian sumbangan kepada rakyat Syria dengan menerbitkan video dokumentari perjalanan ketika melakukan aktiviti kesukarelawan sebagai jurnal harian mereka.
Di samping itu, pihaknya juga kini dalam proses untuk melaksanakan audit dalaman dalam masa terdekat yang akan dilaksanakan oleh pihak luar walaupun perkara itu tidak diwajibkan kepada NGO dalam memberi keyakinan pada masyarakat, ketelusan mereka membelanjakan wang yang disumbangkan.
CSM yang sebelum ini dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) yang didaftarkan secara rasmi sebagai NGO pada 2014 itu telah memulakan aktiviti sukarelawan membantu pelarian Syria di Jordan, Turki, Lebanon dan Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan.
Mereka yang berminat membantu anak-anak pelarian Syria mendapat pendidikan yang teratur boleh menderma menerusi akaun Maybank 562834640983 ataupun melayari www.cintasyriamalaysia.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Ikon CSM dibarisi nama besar dalam industri muzik tanah air antaranya Ahmad Faizal Mohammad Tahir (Faizal Tahir), Mohammad Noh Salleh (Noh Salleh) dan Shazrina Azman (Mizz Nina).
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.

Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.

Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.

Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.

'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.