KUALA LUMPUR: Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malaysia di mata antarabangsa.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, khidmat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang enam minggu bertugas memberi bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi sentiasa menjadi sebutan kepimpinan Turkiye terutamanya Menteri Pertahanan negara itu Hulusi Akar.
"Beliau (Hulusi) beberapa kali menyebut betapa gembiranya mereka apabila kita datang membantu dan Malaysia merupakan antara negara pertama hantar bantuan operasi dan menyelamat serta membina hospital medan di sana. ATM telah menjalankan misi dengan begitu baik dan cemerlang," katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight II di Wisma Perwira ATM di sini, Selasa malam.
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz serta Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
HMM memulakan operasi pada 15 Feb lepas dengan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap tiga, termasuk prosedur pembedahan kepada masyarakat setempat serta Outreach Medical Programme dengan petugas berkunjung ke rumah mangsa untuk pemeriksaan perubatan.
Sepanjang operasi berkenaan 2,415 pesakit telah dirawat termasuk 83 kes pembedahan telah berjaya dilaksanakan.
Sementara itu, Kpt Nur Hidayah Amran, 31, yang merupakan antara Pegawai Perubatan yang menyertai misi itu berkata secara purata kira-kira 80 pesakit dirawat sehari di HMM.
"Pasukan petugas juga berdepan kesukaran cuaca terlampau sejuk sehingga -15 darjah Celsius selain kami juga berdepan beberapa gegaran susulan yang agak kuat sehingga kami terpaksa berhenti seketika untuk memberi rawatan kepada pesakit," katanya.
Pakar bedah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Dr A. Sivanathan, 39, berkata sepanjang di sana, beliau berjaya melaksanakan 40 pembedahan kecil.
"Ini misi pertama sebagai pakar bedah, banyak pengalaman yang dilalui termasuk tidur sebilik bersama bersama 25 anggota dan pegawai yang lain serta mengalami luka beku di hidung dan telinga akibat cuaca yang sejuk," katanya.
Pada 6 Feb lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye dan barat laut Syria dan kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Khidmat pasukan ATM memberi bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi sentiasa menjadi sebutan kepimpinan Turkiye terutamanya Menteri Pertahanan negara itu Hulusi Akar. - Foto fail/BERNAMA
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
10 Berita Pilihan - (20 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Consider This: Trump 2.0 (Part 1) — What ASEAN Can Expect
As Donald Trump returns to the White House as the 47th President of the United States, so does his ‘America First’ agenda. For Southeast Asia, the echoes of his first presidency leave the region bracing for familiar challenges—but could Trump’s second term bring surprises? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Elina Noor, Senior Fellow of the Asia Program at the Carnegie Endowment for International Peace.
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Seramai 34 pegawai kanan, rendah polis dibuang kerja, lima bulan pertama tahun ini - Bukit Aman
PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.
Penglibatan pegawai, anggota tentera di Turkiye harumkan nama Malaysia - Mohamad
Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malays
Pegawai, anggota polis antara yang ditahan terlibat pertubuhan haram
Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.
1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.
Helikopter bawa Presiden Colombia ditembak
Dalam serangan itu, helikopter yang membawa Ivan Duque dan beberapa pegawai lain diserang dengan beberapa das tembakan.
PDRM siasat dakwaan ingkar SOP di Pulapol KL
Datuk Zaini Jass berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu turut mengandungi beberapa tohmahan terhadap pengurusan Pulapol Kuala Lumpur.