Penglibatan penjawat awam dengan penyalahgunaan dadah boleh dikatakan serius dan perlu ditangani segera, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Izhar Abu Talib.
Beliau berkata berdasarkan statistik tahun lepas, daripada 27,900 kakitangan awam yang menjalani ujian air kencing, 300 didapati positif dadah.
"Kebanyakan penjawat awam didapati positif dadah jenis methamphetamine kerana ia mudah diperoleh dengan harga mampu milik selain dapat membantu meningkatkan tenaga untuk bekerja. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan dadah ini daripada kumpulan sokongan seperti pemandu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi mengurangkan penglibatan kakitangan awam dengan penyalahgunaan dadah, AADK menjalankan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) sejak 2010, yang antara lain menggalakkan proses rawatan pemulihan dalam kalangan pekerja yang terlibat dengan dadah.
"Penglibatan kakitangan awam dengan dadah adalah serius. Selain program TEKAD, majikan disaran mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja masing-masing," katanya.
Izhar berkata antara faktor penjawat awam terlibat dalam penyalahgunaan dadah ialah tekanan tinggi semasa bekerja, tempoh masa kerja yang lama atau giliran bekerja yang tidak menentu selain keadaan tempat kerja yang teruk atau bahaya.
"Selain itu, bekerja dalam suasana mengejar tarikh akhir serta sistem penyeliaan yang ketat dan tidak menentu, selain perubahan organisasi misalnya berpindah tempat kerja atau pertindanan kerja turut menjadi faktor penjawat awam terlibat dengan dadah," jelasnya.
Beliau berkata antara simptom yang ditunjukkan oleh pekerja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ialah kualiti kerja yang tidak konsisten, cuai dan kerap melakukan kesilapan, sering mengalami masalah kewangan, mengelak rakan kerja dan penampilan diri semakin merosot.
Sementara itu, Izhar berkata individu yang terlibat dengan najis dadah tidak seharusnya dipinggirkan sebaliknya wajar diberi peluang kedua dengan menghantar mereka mengikuti program intervensi yang dianjurkan oleh kerajaan dan swasta.
"Kita seharusnya beri mereka peluang, kerana apabila mereka hilang punca pendapatan ia akan turut memberi impak kepada anggota keluarga mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019

IZHAR: Berdasarkan statistik tahun lepas, daripada 27,900 kakitangan awam yang menjalani ujian air kencing, 300 didapati positif dadah. - Gambar fail

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.

Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.

Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.