KUALA LUMPUR: Pengorbanan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, termasuk tidak melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi semasa Hari Raya Aidiladha, merupakan jihad besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kerajaan menguatkuasakan beberapa larangan tertentu mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun beliau percaya kemeriahan sambutan tetap dirasakan.
"Ini bermakna, saudara saudari perlu terus berada di rumah dan menyambut Aidiladha dengan keluarga di rumah secara sederhana. Panduan dan SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa perlu kita patuhi kerana ia semata-mata untuk memenuhi tuntutan syarak dalam melindungi nyawa kita daripada bahaya COVID-19.
"Namun berita baiknya ialah kita membenarkan pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha dan Solat Jumaat dengan diperluaskan kuantitinya kepada 50 orang. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri akan menetapkan SOP mengikut kesesuaian di negeri atas perkenan Sultan-Sultan Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Khas Bersempena Hari Raya Aidiladha 1442H/2021 yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.
Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kalangan petugas kesihatan, keselamatan, penjawat awam, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mempamerkan bentuk pengorbanan yang tinggi dalam melawan wabak COVID-19 semenjak lebih setahun lalu.
"Saya sangat menghargai pengorbanan ini. Saya doakan agar pengorbanan saudara dan saudari petugas barisan hadapan, malah pengorbanan rakyat secara umumnya akan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT," katanya.
Menyentuh mengenai ibadah korban, Perdana Menteri berkata, pelaksanaannya kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya kerana perlu mematuhi garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Veterinar bagi melindungi nyawa orang ramai daripada bahaya COVID-19.
Sementara itu, katanya ramai sedih apabila terpaksa menangguhkan semua urusan berkaitan operasi musim haji tahun ini susulan keputusan pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan jemaah negara luar ke Tanah Suci atas faktor ancaman COVID-19, dan Perdana Menteri berharap umat Islam dapat menerima ketentuan itu dengan penuh reda, sabar dan berlapang dada.
"Peluang untuk menunaikan ibadah haji merupakan saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Kita semua rindukan kesempatan untuk mengunjungi Baitullah al-Haram dan menziarahi maqam Rasulullah SAW ketika berada di tanah suci," katanya sambil berharap semoga tahun depan umat Islam di Malaysia dapat mengerjakan ibadah haji.
Muhyiddin turut mengajak umat Islam bersama-sama membacakan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke Rahmatullah akibat COVID-19, selain berdoa agar individu yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan virus itu segera sembuh.
"Kepada Allah SWT kita mohonkan semoga wabak COVID-19 segera berakhir. Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu bersama hamba-hambanya yang sentiasa berusaha gigih, bersabar dan bertawakal. Insya-Allah kita akan berjaya.
"Saya, isteri dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya kepada barisan petugas hadapan yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka demi memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua. Maaf zahir dan batin," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Ucapan Khas Aidiladha hari ini. - Gambar BERNAMA

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan guna isu perkauman sebagai senjata politik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan supaya tidak menggunakan isu berkaitan 3R (Kaum, Agama dan Raja).

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.