MELAKA: Memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka antara aspek dibincangkan menerusi satu sesi libat urus (SLU) pengoperasian sekolah di negeri ini yang diadakan hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau berkata SLU yang diadakan dalam empat sesi itu melibatkan guru sekolah rendah, menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka.
"SLU ini menjurus kepada penjelasan dan perkongsian pandangan mengenai operasi sekolah terutama dalam aspek keselamatan dan kesihatan semasa di kelas, waktu ketibaan dan juga penyuraian selepas tamat waktu persekolahan.
"Antara aspek yang ditekankan adalah untuk memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka. Ini amat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, khususnya varian Delta," katanya.
Pada SLU itu, Radzi berkata beliau turut berkongsikan cadangan pendekatan yang akan dilaksanakan melalui Konsep #sekolahKuSEJAHTERA untuk memupuk dan membudayakan amalan dan nilai murni dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif serta membangunkan potensi murid dari peringkat awal.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang terlibat dalam SLU berkenaan yang berlangsung dari pagi hingga petang tadi.
"Saya amat hargai segala input, cadangan serta saranan yang dikongsikan. Kami akan susuli sebaiknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau berkata SLU yang diadakan dalam empat sesi itu melibatkan guru sekolah rendah, menengah serta wakil PIBG sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pengudaraan semasa sesi persekolahan antara dibincangkan menerusi SLU di Melaka - Radzi
Memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka antara aspek dibincangkan menerusi satu sesi libat urus (SLU) pengoperasian sekolah di Melaka yang diadakan hari ini.