KOTA BHARU: Kira-kira 10 pengunjung yang sedang menaiki jambatan gantung di Lata Keding, Bukit Kudung, Ayer Lanas di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini, dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas kabel jambatan gantung itu terputus petang tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya dihubungi orang awam memaklumkan kejadian di pusat rekreasi tersebut pada 2.30 petang.
"Kejadian berlaku apabila kabel jambatan gantung itu terputus mengakibatkan pengunjung yang menaikinya terjatuh dan cedera.
"Semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu telah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan. Jumlah mangsa terlibat dan keadaan mereka tidak dapat dipastikan lagi setakat ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Shafien berkata jambatan gantung merintangi anak sungai itu dibina setinggi kira-kira lima meter dan sepanjang 30 hingga 40 meter itu masih dalam pembinaan serta belum siap sepenuhnya.
"Terdapat notis pemberitahuan jambatan tersebut masih dalam penyelenggaraan dan baru siap sebanyak 50 peratus. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021

Kejadian berlaku apabila kabel jambatan gantung itu terputus mengakibatkan pengunjung yang menaikinya terjatuh dan cedera. - Foto rakaman skrin 501 AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.

RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.

Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

31 kedai di Pekan Tubau musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kejadian dan taksir kerugian sedang disiasat pasukan forensik bomba.

Wanita dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan gantung
Seorang wanita berusia 23 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Aur, Bukit Ibam, dekat sini, hari ini.

Wanita dikhuatiri lemas ketika menyeberang jambatan gantung
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Nur Hafizah Zailan, 23, yang beralamat di Lorong Gangsa 2, Bukit Ibam, Rompin.

Jika jambatan gantung ditutup, pelajar perlu jalan kaki sejam untuk ke sekolah
Murid sekolah dari Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke sekolah jika jambatan gantung di Sungai Batang ditutup.

Ebit Lew ziarah keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung
Beliau memaklumkan turut menghulurkan sumbangan bagi membaiki jambatan yang rosak hingga mengundang tragedi meragut nyawa kanak-kanak itu.

Jambatan gantung terpanjang di dunia kini dibuka di Portugal
Pada Khamis, ia menerima kunjungan daripada penduduk tempatan sebelum ia dibuka secara rasmi pada Ahad.

Pengunjung pusat rekreasi cedera selepas kabel jambatan gantung Lata Keding terputus
Kira-kira 10 pengunjung yang sedang menaiki jambatan gantung di Lata Keding, Bukit Kudung, Ayer Lanas, Jeli dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas kabel jambatan gantung terputus.