KUANTAN: Pembukaan semula taman tema air Bukit Gambang Resort City menghidupkan kembali aktiviti di pusat peranginan itu selepas dua tahun tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19.
Tinjauan Sinar Harian di pekarangan kaunter jualan tiket kira-kira jam 2 petang mendapati terdapat beberapa pengunjung tempatan dan luar Pahang mula berkunjung ke taman tema air itu.
Pegawai Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Zuraina Nik Mohd Nor, 40, mengakui gembira apabila mengetahui taman tema air itu sudah mula beroperasi pada Khamis.
Menurutnya, pembukaan pusat itu diketahuinya selepas melihat iklan di laman sosial Facebook dua hari lalu.
"Hampir dua tahun ditutup saya memang kecewa juga kerana Bukit Gambang Resort antara satu-satu tempat mempunyai taman tema air di kawasan pantai timur yang terkenal dan berharap ia beroperasi semula.
"Tapi bila dapat tahu ia (taman tema air) di sini sudah dibuka saya seronok, teruja dan membawa anak-anak bercuti di sini," katanya yang menetap di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, ini adalah peluang untuk ahli keluarga berkumpul selain menghidupkan semula sektor pelancongan yang terkesan sebelum ini.
Seorang lagi pengunjung, Rosmiza Mohamad, 47, dari Kuala Terengganu turut teruja dengan pembukaan semula taman tema air itu.
Jelasnya, lima anaknya terkesima apabila diajak datang ke sini selepas dua tahun tidak melancong di tempat seperti itu.
"Bila sampai di sini mereka bersorak dan sudah tidak sabar untuk mandi-manda.
"Harga tiket pun murah berbanding sebelum ini, mungkin kerana beberapa kawasan sahaja dibenarkan untuk beriadah," ujarnya yang bekerja sendiri.
Sementara itu, Norifaidayu Zainal Abdin, 32, dari Kuantan memaklumkan kehadiran ke taman tema air itu bagi melihat suasana di samping beriadah bersama anak-anak.
"Dua tahun terperap di rumah, bila bawa anak ke sini mereka teruja kerana sudah lama tidak main air, lagipun dekat dengan rumah
"Lepas ini saya bercadang untuk datang ke sini bersama ahli keluarga lain," katanya.
Bagi penjawat awam, Siti Nur Ain Osman, 33, dia datang bercuti ke Kuantan dan terus ke taman tema air itu untuk bermain air bersama keluarga.
"Saya dapat tahu ini daripada kakak ipar yang tinggal di sini, jadi saya terus buat keputusan untuk beristirahat di sini.
"Walaupun banyak tempat permainan tidak dibuka, tetapi sekurang-kurangnya ada satu kawasan yang boleh anak-anak mandi sambil bermain," jelasnya yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
Seorang lagi pengunjung, Farah Azlina Osman, 37, turut teruja dengan pembukaan taman tema tersebut.
"Ini kali pertama datang sini, bila dah buka cuba datang untuk melihat suasana," luah penjawat awam itu secara ringkas. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 01 2022

Pekerja Bukit Gambang Resort City melayan pelanggan. -Foto Sinar Harian
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Pengunjung teruja taman tema air Bukit Gambang dibuka semula
Tinjauan di pekarangan kaunter jualan tiket kira-kira jam 2 petang mendapati terdapat beberapa pengunjung tempatan dan luar Pahang mula berkunjung ke taman tema air itu.