IPOH: Individu yang benar-benar layak di bawah kategori miskin tegar atau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh membuat permohonan bagi pengurangan bayaran premium pemilikan tanah di Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Dasar Permohonan Rayuan Pengurangan Premium itu adalah berdasarkan syor oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak untuk diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
"Kerajaan Negeri memahami dan sentiasa prihatin kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk membayar kadar premium tanah yang tinggi.
"Oleh itu, PTG Perak telah mengeluarkan Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak Bil. 3 tahun 2020 berkaitan dengan Dasar Permohonan Rayuan Pengurangan Premium," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Ong Boon Piow (PH-Bercham) mengenai sama ada pihak kerajaan negeri akan menawarkan pembayaran premium pembaharuan geran tanah secara ansuran agar golongan miskin mampu menjelaskan premium yang tinggi walaupun telah diberi diskaun.
Saarani berkata kaedah pembayaran premium secara ansuran tidak dilaksanakan kerana bayaran itu adalah bersifat 'one off' untuk membolehkan hak milik didaftarkan dan tempoh bayaran premium ditetapkan ialah tiga bulan dari tarikh Notis 5A dikeluarkan dan boleh memohon pelanjutan tempoh tiga bulan lagi.
"Butiran Notis 5A bagi tujuan pembayaran premium adalah meliputi Cukai Tahun Pertama, Bayaran Ukur, Tanda Sempadan dan bayaran pendaftaran hak milik. Kegagalan untuk menyempurnakan bayaran Notis 5A mengikut tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kelulusan pemberimilikan oleh Pihak Berkuasa Negeri luput serta-merta," katanya.
Katanya kerajaan negeri turut memahami keluh-kesah rakyat berkaitan tempoh menunggu yang lama bagi proses kelulusan pemberimilikan tanah, pembaharuan geran, kebenaran penukaran pemilikan tanah dan sebagainya.
Oleh itu, beliau berkata PTG telah membuat penambahbaikan proses-proses pembangunan seperti Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Serentak (Seksyen 124A), Serah Balik Dan Beri Milik Semula (Seksyen 204A-H) dan Pecah Sempadan (Seksyen 136).
"Selain itu, kerajaan negeri juga telah memberi penurunan kuasa daripada Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Tanah Galian dan Pentadbir Tanah bagi urusan-urusan tertentu. Penambahbaikan ini telah memendekkan tempoh untuk memproses permohonan di antara 20 ke 30 hari berbanding tempoh lebih panjang sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
SAARANI: Kerajaan Negeri memahami dan sentiasa prihatin kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk membayar kadar premium tanah yang tinggi. - Foto SUK Perak
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.