KUALA LUMPUR: Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar di sini, tiga tahun lepas.
Syed Kamal Syed Mohamad, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama dengan tiga yang telah dituduh dan satu lagi yang masih bebas didakwa telah membunuh M. Sanjeet Kumar, 28, di lorong belakang Affin Bank, Jalan Telawi 3, Bangsar pada 1 pagi, 13 Mac 2021.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pada 13 April tahun lepas, tiga penganggur iaitu G. Naresh, 27, K. Pravin, 28, dan S. Letchumanan, 30, telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Sanjeet Kumar.
Bernama sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi, Bangsar, dipercayai akibat dendam.
Sanjeet Kumar mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Syed Kamal Syed Mohamad, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan. - Foto Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.

Omar Ali tak lapor Bank Negara, Zahid Hamidi arah tukar RM7.5 juta kepada cek
Ketika membacakan penyataan saksinya, Mohd Fahmee berkata, 35 cek berjumlah RM7.5 juta daripada lima bank ditunaikan ke dalam akaun milik Lewis & Co.

Isteri pengurup wang tidak tahu dari mana datangnya wang lebih RM4.5 juta dalam akaun syarikat
Terdahulu, ibu kepada empat anak itu berkata, beliau hanya menandatangani cek kosong milik syarikatnya yang mana nama penerima dan amaun tidak dimasukkan.

Pengurup wang rugi RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang
Salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter.

Dua inspektor polis, lima anggota ditahan berkaitan kes samun
Turut ditahan, empat lelaki termasuk seorang kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditangkap pada 21 Mei pula akan dibuat permohonan reman pada 22 Mei ini.

Tiada salah laku dalam kes pemindahan wang RM10 juta - Tok Mat
Mohamad berkata beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terbukti tidak bersalah.

Pengurup wang berlesen cukup bekalan mata wang - BNM
Pengguna boleh terus mendapatkan dan menukarkan mata wang asing dengan pengurup wang berlesen yang terdapat di seluruh negara.

Pengurup wang wanita, pekerja ditembak di Kajang
Seorang pengurup wang wanita bersama pekerjanya cedera selepas ditembak di hadapan sebuah perhentian bas di Bandar Teknologi Kajang, malam tadi.

Kedai pengurup wang rugi RM2 juta disamun tiga lelaki
Sebaik sebelum premis ditutup, tiga suspek memakai topi keledar dan bertutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.

Tindakan kerajaan India tamatkan urus niaga Rs500 dan Rs1,000 tidak adil - Pengurup wang
Pengurup wang tempatan menganggap pengumuman kerajaan India menamatkan serta merta urus niaga kedua-dua wang kertas Rs500 dan Rs1000 bermula 9 November tidak adil.