Sebuah syarikat pengurup wang di sebuah pasar raya di Alam Jaya, Jeram, kira-kira 45km dari sini, kerugian kira-kira RM120,000 apabila premis berkenaan disamun sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan parang, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, empat lelaki menaiki kereta jenis Toyota Camry memasuki premis berkenaan yang baru memulakan operasi dengan menutup muka dengan baju dan bersenjatakan parang panjang.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata, salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter dan seterusnya mengarahkan pekerja premis berkenaan membuka peti besi.
"Suspek kemudian mengambil wang termasuk wang negara asing di dalam peti besi sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pada jam 12.37 tengah hari, hari yang sama, kereta berkenaan dijumpai terbakar di dalam sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Tok Muda, Kapar dan semakan terhadap kereta berkenaan dilaporkan curi di Shah Alam pada 11 Ogos lalu, katanya.
Md Asri berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-3281 3853.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengurup wang rugi RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang
Salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter.