PUTRAJAYA: Pengurusan kes permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan bukti tambahan sebagai usaha membatalkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC International) yang telah menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, telah dijadualkan semula.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Kamarul ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh pengurusan kes bekas perdana menteri itu yang pada awalnya ditetapkan hari ini, dijadualkan semula pada Khamis (30 Jun).
Pengurusan kes itu akan berlangsung menerusi persidangan video di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa, pada 3 petang.
Bukti tambahan yang Najib mohon untuk dimasukkan ialah berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menghakimi kes itu, merupakan setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang untuk Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran kesemua jabatan undang-undang untuk keseluruhan kumpulan itu.
Pada sidang media pada 7 Jun, peguam bela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Nazlan gagal mendedahkan bahawa beliau adalah penasihat undang-undang dan setiausaha syarikat untuk Kumpulan Maybank pada 2006, yang bertanggung jawab mencadangkan penubuhan SRC International.
Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata bukti yang beliau mohon untuk dikemukakan telah tidak diketahui olehnya pada ketika perbicaraan, ditambah dengan bukti itu adalah relevan dengan isu berkaitan di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan menjadikannya relevan kepada rayuannya yang akan diadili di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata fakta bahawa Hakim Mohd Nazlan mengetahui akan penglibatannya dalam penubuhan SRC International, tetapi menyembunyikannya kepada pihak pembelaan boleh membawa kepada konflik kepentingan yang telah membawa kepada berat sebelah.
Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang pada ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara dan denda RM210 juta kepada Najib.
Ahli Parlimen Pekan itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang telah menolak permohonannya pada 8 Dis tahun lepas oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang menyebabkan beliau merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan10 hari bermula 15 Ogos untuk pendengaran rayuan terakhir Najib terhadap sabitan, hukuman penjara dan juga denda yang telah dikenakan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Tarikh pengurusan kes bekas perdana menteri itu yang pada awalnya ditetapkan hari ini, dijadualkan semula pada Khamis (30 Jun). - Gambar fail
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.