KUALA LUMPUR: Pemeriksaan dan lawatan lokap oleh Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai serta pemeriksaan fizikal tahap kesihatan orang kena tahan (OKT) adalah antara mekanisme yang dikenal pasti bagi menangani isu kematian dalam tahanan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.
Beliau berkata penambahbaikan itu hasil pemeriksaan pematuhan proaktif yang dilakukan JIPS terhadap salah laku atau ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan lokap yang dikenal pasti.
"Perkara-perkara yang akan dilakukan dalam penambahbaikan ini adalah pemeriksaan dan rondaan sel tiap sejam oleh anggota sentri dan pengawal lokap, selain pemeriksaan kesihatan OKT oleh Timbalan Pegawai Penjaga atau mana-mana pegawai di bawah arahannya setiap kali OKT keluar masuk lokap.
"Di samping itu, JIPS di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan daerah juga akan meningkatkan pemeriksaan serta pemantauan prosedur operasi standard sebagai tindakan semak dan imbang," katanya kepada Bernama.
Azri berkata semak dan imbang perlu dilakukan untuk memastikan lawatan lokap, rondaan sel dan pemeriksaan OKT semasa keluar masuk lokap dilaksanakan secara telus dan menyeluruh oleh pegawai polis serta pengawal lokap dengan menyemak borang senarai semakan berkenaan.
"Pada masa kini, isu kematian tahanan dalam lokap PDRM adalah isu yang banyak menjatuhkan imej dan kredibiliti PDRM.
"Dalam hal ini, PDRM sentiasa peka mengenai isu kematian dalam tahanan malah berusaha mencari mekanisme dan cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. PDRM sentiasa terbuka kepada cadangan penambahbaikan keadaan serta kemudahan lokap sedia ada," katanya.
Selain itu, beliau berkata PDRM sedang mengunakan teknololgi dalam membantu tugas pengawalan lokap menggunakan Sistem Pemantauan Lokap Pintar iaitu Self Monitoring Analytics Reporting Technology (SMART).
Beliau berkata teknologi SMART digunakan untuk memantau dan mengawasi lokap menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Azri berkata pemantauan aktiviti dalam lokap ini dapat dilaksanakan setiap masa secara 24 jam oleh petugas lokap dan rakaman CCTV ini akan disimpan dalam tempoh masa tertentu serta boleh diulang tayang.
"Oleh itu PDRM berharap sistem ini akan membantu penugasan pengawalan lokap dengan efektif dan mampu menangani persepsi negatif masyarkat bersabit kes kematian tahanan dalam lokap.
"Selain itu, penubuhan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) yang berkuat kuasa pada 1 Jan, bertujuan mengembalikan keyakinan orang awam terhadap PDRM dalam pengurusan isu berkaitan kes kematian dalam tahanan," katanya.
Beliau berkata tumpuan siasatan USJKT ini terbahagi kepada tiga kriteria iaitu criminal liablity (siasatan telus/pengesanan unsur jenayah/mengenal pasti subjek, duty care (ketinggalan/kecuaian/kelalaian) dan compliance of SOP (pematuhan terhadap SOP dan arahan yang dikeluarkan).
"Penubuhannya adalah untuk memastikan JIPS terus relevan dalam kebertanggungjawaban untuk menangani salah laku tatatertib dalam PDRM," katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan USJKT ditubuhkan bagi meneliti dan menyelesaikan masalah kematian dalam kalangan tahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Azri berkata penambahbaikan itu hasil pemeriksaan pematuhan proaktif yang dilakukan JIPS terhadap salah laku atau ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan lokap yang dikenal pasti. - Gambar fail
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).

Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu
Perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.