KUANTAN: Pengusaha bot nelayan laut dalam di pantai timur dan Johor merayu kerajaan dapat menangguhkan pelaksanaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) terhadap nelayan yang menggaji warga asing bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun kerana mendakwa kosnya membebankan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Laut Dalam Pahang Md Yusery Md Yusoff berkata golongan nelayan terutamanya nelayan Bumiputera terkesan dengan kos pelaksanaan PLKS, sedangkan mereka kini terpaksa menampung pelbagai perbelanjaan dalam operasi menangkap ikan.
Antara kos terlibat ialah membaik pulih peralatan menangkap ikan seperti bot, pukat dan sistem sonar yang rosak, yang didakwa kosnya boleh mencecah ratusan ribu ringgit bagi sebuah bot, yang ditambah dengan dengan kos bayaran kepada ejen yang membawa masuk pekerja asing.
"Kami memerlukan antara 20 hingga 25 orang awak-awak bagi sebuah bot nelayan laut dalam dan jika PLKS terus dilaksanakan ia bermaksud kami perlu membayar lebih RM1,000 bagi setiap awak-awak warga asing ini.
"Ini tidak termasuk kos kuarantin di hotel berjumlah RM1,400 selama tujuh hari bagi setiap pekerja warga asing terbabit dan ia lebih mahal jika pekerja dibawa masuk menggunakan laluan udara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Md Yusery mendakwa jika PLKS tetap dilaksanakan, ramai pengusaha bot nelayan laut dalam persendirian termasuk 45 orang di Pahang, Terengganu dan Johor akan gulung tikar kerana tidak mampu untuk memulakan operasi.
Seorang pengusaha Che Ghazaib Che Man, 58, berkata pengusaha bot nelayan laut dalam persendirian adalah berbeza dengan syarikat bot nelayan laut dalam daripada aspek modal dan bilangan bot dimiliki, menyebabkan mereka sukar untuk membayar PLKS ditetapkan kerajaan.
"Kami tidak seperti sektor perladangan atau pembangunan kerana mereka merupakan sektor gaji sedangkan bidang perikanan bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan ikan untuk mendapatkan pendapatan. Jika tiada tangkapan bererti tiada pendapatan," katanya.
Seorang lagi pengusaha Tengku Adnan Tengku Husin, 59, berkata kos PLKS amat membebankan buat masa ini, kerana pendapatan mereka juga terjejas akibat pandemik COVID-19 sedangkan pinjaman bank bagi peralatan menangkap ikan, rumah dan kereta perlu dibayar.
Sehubungan itu, Tengku Adnan berkata penangguhan selama setahun itu diharapkan dapat memberi ruang kepada mereka untuk memulihkan kewangan sendiri terlebih dahulu, sebelum keuntungan daripada tangkapan hasil laut itu dapat digunakan untuk membayar kos PLKS.
Pada 19 Jan lepas, media melaporkan bahawa tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil terhadap warga asing yang bekerja di vesel penangkapan ikan tempatan yang masih gagal memohon PLKS selepas tempoh moratorium diberikan tamat pada 31 Dis 2021.
Kadar bayaran PLKS bagi subsektor perikanan atau nelayan adalah berjumlah RM505 dan tambahan RM500 akan dikenakan untuk setiap permohonan baharu bagi tujuan bayaran pertukaran pas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022

Tengku Adnan berkata kos PLKS amat membebankan buat masa ini, kerana pendapatan mereka juga terjejas akibat pandemik COVID-19. - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengusaha bot nelayan laut dalam rayu tangguh pelaksanaan PLKS
Golongan nelayan terutamanya nelayan Bumiputera terkesan dengan kos pelaksanaan PLKS.