BESUT: Seramai 60 pengusaha resort dan chalet di Pulau Perhentian merayu Kerajaan Persekutuan agar bekalan elektrik selama 24 jam dapat disalurkan ke kawasan berkenaan bagi keselesaan pelancong.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Resort dan Pelancongan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah mendakwa pihaknya telah mengemukakan banyak permohonan bagi memastikan bekalan elektrik dapat berfungsi selama 24 jam sejak 20 tahun lalu, namun masih tiada sebarang perkembangan positif sehingga kini.
"Kawasan pelancongan di Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil masih belum menerima kemudahan bekalan elektrik selama 24 jam hingga ramai pelancong yang datang terkejut apabila sampai di sini, pulau yang terkenal di seluruh dunia," katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri program Temu Murni Bersama Majlis Daerah Besut (MDB) di Perhentian Island Resort (PIR), Pulau Perhentian di sini semalam.
Hadir sama Yang Dipertua MDB, Mohd Rashdan Muda, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Terengganu, Mohd Hajazy Jusoh.
Selain itu, Abdul Aziz berkata setakat ini kebanyakan pengusaha hanya menggunakan generator, namun ia mempunyai beberapa kelemahan terutama pencemaran alam sekitar berikutan pengeluaran asap yang banyak, tumpahan minyak diesel dan bunyi bising.
"Sekiranya ada bekalan elektrik 24 jam, ia bukan sahaja memberi imej yang baik kepada industri pelancongan tetapi juga pelbagai aktiviti dapat dilakukan dalam tempoh agak lama pada waktu malam,
"Kita juga dapat membuka resort selama setahun terutama dalam memenuhi permintaan pemancing rekreasi yang ingin merasai tinggal di sini ketika musim tengkujuh berbanding sekarang kami dapat beroperasi sekitar lapan bulan sahaja," kata Abdul Aziz.
Setakat ini bekalan elektrik selama 24 jam hanya disediakan untuk kegunaan kira-kita 2,300 penduduk kampung di sekitar Pulau Perhentian Kecil.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, ketika dihubungi berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada kerajaan pusat melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan kemudahan itu.
"Kos untuk menyediakan bekalan elektrik kepada resort dan chalet di situ memerlukan kos yang agak tinggi iaitu sebanyak RM166 juta membabitkan pembinaan kabel dasar laut.
Mahupun begitu, kerajaan negeri sentiasa berusaha membuat susulan dengan kerajaan pusat dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

Setakat ini kebanyakan pengusaha hanya menggunakan generator, namun ia mempunyai beberapa kelemahan terutama pencemaran alam sekitar. - Foto fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.

Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.

Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.

Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis sitaan tapak pembinaan bangunan resort di Pulau Perhentian yang runtuh pada 10 Nov lepas.

Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia pada Ahad.

Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan
Empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pada pagi Khamis.

Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.

Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.

Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.

Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.