PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga besi buruk terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 38 tahun, atas kesalahan membunuh seorang pondan, 15 tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais membenarkan permohonan semakan V. Raja, 35, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 2(4) dan 3(1) Akta Semakan Hukuman mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Tengku Maimun memerintahkan hukuman penjara ke atas Raja bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 23 Mei 2010 dan turut mengenakan 12 sebatan.
Raja, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 kerana membunuh M. Kanan, 42, di kolam takungan banjir, di Lorong Air Jernih, Setapak, Kuala Lumpur antara 1 dan 2 pagi pada 24 Ogos 2009.
Rayuan lelaki itu ditolak Mahkamah Rayuan pada 2013, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada 2015.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zulkpli Abdullah meminta mahkamah untuk mengekalkan hukuman mati, kerana kes pembunuhan itu disifatkannya sebagai suatu yang amat kejam.
Beliau berkata pada malam pembunuhan itu, Raja dan sekumpulan rakannya menaiki van ke lokasi mangsa dan beliau yang merupakan seorang pondan dan bekerja sebagai seorang pelacur, dipaksa masuk ke dalam van dan melakukan hubungan seks dengan Raja, yang kemudian menikamnya dengan pisau.
Peguam Raja T. Vijayandran pula merayu agar mahkamah memberi peluang kepada anak guamnya supaya hukuman mati digantikan kepada penjara seumur hidup.
Sementara itu, panel yang sama mengantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas warga Indonesia Edi Eko Saputro kepada penjara 36 tahun, kerana membunuh kekasihnya selepas membenarkan permohonan semakannya di bawah Akta yang sama.
Hakim Tengku Maimun turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap iaitu pada 31 Julai 2011 dan dikenakan 12 sebatan.
Edi Eko, seorang buruh telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 kerana membunuh Nestriana juga seorang warga Indonesia, di sebuah rumah di Kampung Rumah Sepuluh, Plentong, Masai, Johor pada kira-kira 10.20 pagi, 31 Julai 2011.
Rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 2014 dan kemudiannya Mahkamah Persekutuan pada tahun berikutnya.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati dengan menyatakan mangsa telah dipukul tiga kali di kepala, menggunakan beg berisi batu besar.
Bagaimanapun, peguam Choong Kak Sen yang mewakili Edi Eko merayu supaya hukuman itu digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Beliau berkata anak guamnya dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan lelaki itu telah memukulnya selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Hakim Tengku Maimun turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap iaitu pada 31 Julai 2011 dan dikenakan 12 sebatan.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Isu cukai perlu dikemukakan kepada SCIT terlebih dahulu - Tengku Maimun
Isu berkaitan cukai perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan bukan melalui semakan kehakiman di mahkamah, kata Ketua Hakim Negara.

PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.

Hakim perlu sentiasa bertindak dengan penuh maruah - Tengku Maimun
Adalah penting bagi seorang hakim untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara dengan adil dan saksama, yang merupakan tanggungjawab yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Kod Etika Hakim 2009.

Ketua Hakim Negara yakin PM Anwar terus komited tegak prinsip kebebasan kehakiman
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan akan terus komited menegakkan prinsip kebebasan kehakiman.

Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.

Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.

Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun
Keadilan yang menjadi sebagai asas penting masyarakat perlu boleh diakses secara universal dan bukan keistimewaan yang dikhaskan.

Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.

Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.