SHAH ALAM: Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu berkenaan perkhidmatan pemasangan dekorasi majlis sambutan hari jadi dan akikah yang tidak wujud.
Siti Helena Azmi, 32, didakwa memperdaya Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil berhubung pemasangan dekorasi dan akikah itu sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM700 melalui akaun BigPay.
Ibu tunggal itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Residensi Persiaran Hijau Kasturi, Cahaya SPK, Shah Alam pada 7 Julai 2022 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili Siti Helena memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung seorang anak perempuan berusia lima tahun.
"Anak guam saya juga kini memperoleh pendapatan tidak menentu sebagai peniaga dalam talian selain dia juga memberi kerjasama penuh kepada polis dan tidak berisiko untuk melarikan diri," katanya.
Mahkamah membenarkan Siti Helena diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Siti Helena Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan menipu berkenaan servis pemasangan dekorasi majlis sambutan hari jadi dan akikah tahun lalu. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peniaga dalam talian rugi lebih RM70,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud
Mangsa yang berusia 38 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp itu pada 10 Jan lepas, kononnya melibatkan pelaburan berkaitan bitcoin.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Peniaga dalam talian didakwa tipu perkhidmatan pemasangan dekorasi majlis
Siti Helena Azmi didakwa memperdaya Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM700 melalui akaun BigPay.

'Bila saya diam, makin rancak mereka' - Siti Nurhaliza beri amaran peniaga guna iklan palsu
Kata Siti Nurhaliza, dia perlu bertegas kali ini kerana ia turut melibatkan foto bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

Peniaga dalam talian mengaku salah buat laporan polis palsu
Tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu, yang mendakwa dia dirompak dua lelaki yang menyebabkan kerugian RM6,000.

Peluang terbaik buat peniaga dalam talian
Trend pembelian meningkat seiring dengan tularnya carian mengenai kata kunci promosi jualan dalam talian.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2017
Pindaan akta itu membolehkan kerajaan melaksanakan Dasar Harga Terangkum (DHT) yang memastikan pengguna tidak dikelirukan atau dimanipulasi oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.

Peniaga dalam talian di bawah syarikat e-dagang wajib berdaftar dengan SSM
Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.