ALOR SETAR: Meskipun status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berubah kepada PKP Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, namun, penguatkuasaan larangan aktiviti rentas negeri masih memberi kesan besar kepada kebanyakan sektor khususnya ekonomi.
Tidak terkecuali, peniaga-peniaga di pusat beli-belah, Kompleks Pekan Rabu di sini yang terpaksa berdepan dengan situasi sukar ketika ini termasuk kehilangan 80 peratus sumber pendapatan harian memandangkan kebanyakan pelanggan mereka adalah dari individu dari luar Kedah yang membeli secara pukal.
Menurut Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa, dalam masa sama peniaga-peniaga Pekan Rabu bergantung hasil jualan daripada kunjungan orang luar memandangkan premis berkenaan sudah dianggap sebagai pusat tumpuan berbelanja untuk pelancong.
“Pekan Rabu mengharapkan pelancong daripada luar contohnya macam (pengunjung) Kuala Lumpur datang bermesyuarat di sini (Alor Setar) mesti mereka akan singgah Pekan Rabu yang sudah seperti pusat pelancongan, jadi bila orang luar tidak boleh masuk (Kedah) beri kesan pada peniaga-peniaga (kami) terasa sangat,” katanya.
Sehubungan itu, dalam usaha memastikan kelangsungan jualan, peniaga-peniaga di situ mengambil inisiatif menggerakkan perniagaan secara dalam talian termasuk mewujudkan "Pekan Rabu Store" dan beberapa platform lain.
Meskipun tidak menerima pelanggan secara bersemuka seperti sebelum sebelum ini, jualan dalam talian menurut mereka sedikit sebanyak membantu melariskan perniagaan masing-masing ketika larangan rentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan ketika ini.
Bagi peniaga kuih tradisional, Mohamad Norhakim Ismail, 23, perniagaan dalam talian yang dilakukannya jauh lebih baik berbanding jualan secara langsung di kedai di Pekan Rabu.
"Waktu PKP ini kalau beniaga dalam talian lebih bagus berbanding berniaga macam biasa sebab orang tidak boleh nak rentas negeri lagi, jadi mengharapkan online saja. Alhamdulillah penerimaan (orang ramai) agak bagus, oleh kerana ramai yang tidak boleh datang ke Pekan Rabu, maka mereka beli secara online,” kata Mohamad Norhakim.
Pengalaman yang sama dilalui peniaga pekasam dan ikan kering, Intan Diyana Yazan, 42, yang memberitahu, barangan jualannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan.
Katanya, kebanyakan pelanggan yang berurusan dengannya menyatakan rasa puas hati dengan perkhidmatan jualan yang ditawarkan secara dalam talian.
Dalam pada itu, penglibatan lebih ramai individu atau peniaga dalam talian secara tidak langsung dapat mewujudkan satu komuniti digital yang inklusif selaras dengan pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.
Galakan untuk lebih ramai peniga peniaga mikro, kecik dan sederhana dalam mengguna pakai e-dagang dilihat mampu merancakkan lagi sektor perniagaan dan memudahkan proses jual beli itu sendiri.
Peniaga tudung dan kain, Nur Atikah Bakril Amran, 24, pula berkata, perniagaan secara dalam talian banyak menawarkan kemudahan kepada orang ramai khususnya ketika larangan rentas negeri dan daerah dikenakan.
Sementara itu, Ridhuwan berkata, pihaknya juga telah mengambil beberapa langkah dalam membantu peniaga di Pekan Rabu terutama dari segi pemberian diskaun bayaran sewa bulanan.
Tambahnya, selain daripada itu, beliau turut menyokong penuh usaha kerajaan persekutuan dalam pelbagai inisiatif termasuk MyDIGITAL selain usaha yang dilakukan kerajaan negeri menerusi Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK).
"Saya ucap terima kasih kepada Menteri Besar Kedah kerana bagi peluang kepada peniaga-peniaga untuk buat pinjaman dalam bentuk pinjaman tanpa faedah melalui UPUK.
“Kami dimaklumkan pihak UPUK akan datang lakukan pemerhatian di Pekan Rabu untuk meninjau jenis bantuan yang boleh ditawarkan kepada peniaga-peniaga di sini dan kami (koperasi) pula akan bagi insentif pemotongan sewa bulanan.
“Ketika ini kita sudah memberi potongan 30 peratus, ada lagi kemungkinan kita akan potong mungkin sehingga 50 peratus ataupun yang sesuai untuk bantu ahli,” ujar beliau.
Pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia oleh kerajaan baru-baru ini berhasrat untuk membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital dan mengalakkan sebanyak 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima guna e-dagang menjelang tahun 2025.
Selain itu, inisiatif-inisiatif di bawah naungan MyDIGITAL ini juga dapat memangkinkan 5,000 syarikat peringkat permulaan atau startups dalam masa lima tahun akan datang.
Abd Hadi Che Awang
Sun Feb 21 2021
Pekan Rabu selama ini bergantung hasil jualan daripada kunjungan orang luar memandangkan premis berkenaan sudah dianggap sebagai pusat tumpuan berbelanja untuk pelancong. - Gambar fail
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari
Penutupan kompleks perniagaan ini bermula 16 hingga 18 Mei untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi bangunan secara keseluruhan.
Khemah Bazar Aidilfitri Pekan Rabu Langkawi terbakar
Kebakaran melibatkan empat buah khemah berukuran 20 X 20. Dua buah khemah melibatkan peralatan perniagaan dan dua khemah kosong.
Peniaga Pekan Rabu mula jual barang secara online
Peniaga-peniaga ambil inisiatif gerakkan perniagaan secara dalam talian termasuk mewujudkan Pekan Rabu Store dan beberapa platform lain.
Hari pertama PKP 2.0 di Kedah, bandaraya Alor Setar lengang
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.
PKPP: Hilang duka, Pekan Rabu kembali ceria
Masih dalam mood sambutan Aidilfitri, PKP Pemulihan (PKPP) memberi peluang kepada warga kota untuk pulang ke kampung, seterusnya membolehkan mereka berkunjung ke kompleks yang terkenal ini.
Kepayahan hidup bina kekentalan Dr Mahathir
Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Dr Mahathir Mohamad cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran
Jualan kuih Raya di Pekan Rabu suram
Tidak ramai yang mengetahui Pekan Rabu, Alor Setar telah beroperasi di lokasi asal selepas tapaknya dibina semula.
Dr M buat kejutan di Pekan Rabu
Selain membeli songkok, Dr Mahathir turut membuat tempahan baju Melayu di premis bersebelahan dan membeli pelbagai jenis kuih raya di gerai tingkat dua bangunan berkenaan.
Pekan Rabu perlu pelbagaikan perniagaan - Tun Mahathir
Ketika lawatannya ke Pekan Rabu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati lebih banyak peniaga dari dahulu tetapi ramai menjual produk yang sama.
Nilai sentimental Pekan Rabu jadi tarikan pengunjung
Ada nilai sentimental - itulah sebenarnya daya tarikan pengunjung setia Pekan Rabu Alor Setar setiap kali menjelang hari raya.