BANDAR PERMAISURI: Seorang peniaga maut selepas terkena tayar lori yang tercabut di Kilometer 43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja, dekat sini hari ini.
Dalam insiden kira-kira 5 petang tadi, mangsa Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, yang berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata siasatan awal mendapati lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Kampung Merang ke Kampung Telaga Papan sebelum sebiji tayar belakangnya tercabut dan terpelanting ke tepi jalan.
"Tayar tersebut terkena Muhammad Airiel Rizman dan Nik Muhammad Afiq Rizani yang sedang berniaga di tepi jalan.
Muhammad Airiel Rizman meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada manakala Nik Muhammad Afiq Rizani patah tangan kanan dan luka di bahagian muka," katanya ketika dihubungi malam ini.
Afandi berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan susulan manakala rakannya turut menerima rawatan di hospital sama.
Menurut Afandi lagi pemandu lori yang berusia 37 tahun dan berasal dari Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Rakaman percakapan saksi dan waris si mati telah diambil untuk siasatan. Lori tersebut juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Setiu untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Mangsa, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya. - Foto: Sinar Harian

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Peniaga tepi jalan maut terkena tayar lori tercabut
Mangsa, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya.